Salam
Tadaaaaa hakak mai lagiiiii
Kali ni, nak cerita pasal cara-cara bancuh Detox Clay Mask
Cara dia senang je. Ambil sesudu kecil, pastikan sudu plastik ye, sebab dalam mask ni ada Bentonite Clay sejenis tanah liat yang mempunyai banyak cas-cas positif yang handal menarik kotoran dari muka. Kalau bancuh dengan sudu besi atau mangkuk besi, nanti caj-caj positif tu lekat pada sudu, hilang la khasiat dia. Bahasa mudahnya la. Kang bagi bahasa scentific, aokmer tak faham pulak.
Detox Clay Mask ni boleh dibancuh dengan campuran bahan-bahan lain macam contoh bawah ni :-
Madu |
Yogurt |
Cuka Epal |
Teh Hijau |
Susu + Manjakani + Lemon |
Bancuh Detox Clay Mask sampai jadi macam paste tu, agak-agak la jangan cair sangat. Jangan pekat sangat. Lepas tu sapu ke seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Jangan aokmer sapu satu muka macam orang minyak tu, pengsan suami nanti kah kah kah. Tu buat contoh macam gambar hakak di atas yang ala-ala Dayang Senandung tu ye...
Lepas sapu biar berapa lama kat muka? Tengok gambar kat bawah ni ye
Senang je kan? Susah ke nak bermask? Masa la kalau payah pun, tapi kita buat dia, harap boleh la cari masa untuk bermask. SEMINGGU SEKALI je
okayyy...babai
STAY CANTIK STAY MARYJARDINIAN
Comel sangat model nye tu.
ReplyDeletehihihi haruslah..#akakpakaiakajual gitu konsep
ReplyDelete