Thursday 1 November 2018

MAJLIS HARI JADI DAN HARI KELUARGA PPKI SEKOLAH ZAHIN

Salam

Minggu lepas sekolah Zahin ada Majlis Sambutan Hari Lahir dan Hari Keluarga. Tapi ini untuk PPKI (Program Pendidikan Khas Intergrasi). Walaupun Zahin bukanlah fully di bawah aliran pendidikan khas tapi dia di jemput juga hadir



Kad Jemputan : Nampak tak tema MASQUERADE




Siap ada tema okay. Tema adalah

MASQUERADE

Demi nak memenuhi tema, terpaksa lah cari topeng muka seadanya je la. Meh tengok apa la mask yang Zahin pakai


Tada!!!!! mask meow hihi







Tapi bila tengok semua orang pakai mask fancy-fancy dia malu pulak nak pakai mask dia. Mintak tukar dengan Mama Diva punya

Hasilnyaaaa

Tak pasal-pasal kan Mama Diva hilang DIVA kena pakai mask meow ni

Nak jugak tayang gambar bermask asal

Aummmmmmm Cakkk


Majlis ni dikira sebagai Majlis Hari Jadi semua pelajar Pendidikan Khas la sepanjang tahun. Ada la acara potong kek bagai

Gambar beramai-ramai

Zahin dapat hadiah botol air

Sekian, laporan Mama Diva

babai


Wednesday 17 October 2018

MARY JARDIN ARTISAN COSMETICS

Salam

Selain skincare, Mary Jardin pun ada rangkaian produk kosmetik natural tau? Dinamakan 

MARY JARDIN ARTISAN COSMETIC (MJAC)

Sebagai pengenalan, ada 3 produk utama sahaja iaitu :-

1. Lipmatte
2. Bb Cushion
3. Liquid Foundation

BB Cushion Foundation, Lipmatte & Liquid Foundation

Meh Mama Diva cerita kan satu persatu setiap jenis ni



1. MJAC BB CUSHION FOUNDATION

BB Cushion Foundation


Kelebihan BB Cushion Foundation ni ianya adalah :-

1. Medium coverage
2. Bebas minyak dan ada 4 shades yang cantik 
3. Sesuai dengan kulit wanita Asia. 
4. Penggunaannya mudah dan ringkas. 
5.Sangat sesuai untuk make up on the go
6. Bahan yang Halal & Natural
7.  Mudah dibersihkan (mesra wuduk)


Fungsi utama BB Cushion ni adalah

Fungsi utama - natural, mencerahkan kulit & melembabkan kulit, ada SPF30, boleh merawat dan menutup cela pada wajah


Ini adalah 4 shades yang boleh di pilih untuk disesuaikan dengan kulit kita

01 - Light (Pinky) untuk kulit cerah pinkish
02 - Light (Yellow) untuk kulit kuning langsat
03 - Natural untuk kulit sawo matang
 04 - Dark untuk kulit tan manis


2. LIPMATTE



Kelebihan lipmatte MJAC :-

1. Natural based
2.Banyak bahan pelembap semulajadi (emolient)
3. Tiada PLUMBUM
4. Kandungan Argan Oil dan Rose Flower oil yang sangat melembapkan dan mencantikkan bibir
5. Mengandungi vitamin E yang boleh kurangkan pigmentasi (elak bibir hitam)
6.Tidak menyebabkan bibir kering
7. Solat friendly - Mudah ditanggalkan sebelum wuduk
8. Mudah di'apply' di bibir dengan sapuan yang rata dan sangat smooth
9. Tidak menghitamkan bibir

Lipmatte ni ada 10 warna yang sangat sangat cantik untuk di pilih

Inilah 10 code warna Lipmatte

On hand warna dia. Cantik-cantik kan?

3. LIQUID FOUNDATION



Venezuela gituh? Fd dah sampai sana. Tuan tanah kedaung Viva Vavoom je ada muahahaha

Kelebihan Liquid Foundation MJAC :-

1. Medium to full coverage
2. Sangat senang "Blend"
3. Tekstur yang ringan
4. Tekstur tidak berminyak
5. Ada SPF30
6. Tidak melekit
7. Tidak bercapuk
8. Waterbased
9. Tidak menyumbat pori
10. Tahan lama sehingga 12 jam
11. bahan-bahan semulajadi dan bebas bahan kimia merbahaya
12. Diperkaya dengan Argan Oil & Vitamin E

Sama seperti BB Cushion Foundation, ada 4 shades untuk dipilih. Shades adalah sama seperti  BB Cushion seperti di atas



Fullset lengkap untuk wajah jelita semulajadi

Selepas manjakan wajah dengan skincare natural dan organik, wajiblah make up pun kena natural juga kan? MJAC pilihan tepat. Mama Diva suka


Macamana nak dapatkan set lengkap make up natural ni? Cepat, Buzz Mama Diva untuk order click www.wasap.my/60102538819
Fb - Rohani Muhamad
Ig - Rohani Muhamad
Fb Page - Mary Jardin By Lady Lavender


okayyy...babai

Be Extra Beautiful, Be MJACian

Monday 15 October 2018

CALENDULA HONEY FACIAL CLEANSER

Salam

Yeay harini seronok sangat sebab Calendula Facial Cleanser yang order dah dapat ke tangan Mama Diva.

Yesza, tak sabar nak cuba. Sebab ni skincare baru dari Mary Jardin, dah keluar masa raya puasa baru ni, tapi Mama Diva tak sempat nak grab masa tu, dah out of stock. Dan baru ni HQ restock balik. Berapa bulan tu penantian demi sebotol cleanser bertema Calendula ni.

Bila HQ buka semula order, mama Diva cepat-cepat order supaya tak terlepas lagi. Punya risau kena berebut dengan agent-agent jerung yang lain. Seram tau dorang ni, laju bagaikan roket


Inilah dia rupanya, taraaaa!!!



C & H Facial Cleanser + hadiah percuma sebotol tester Face Oil Mary Jardin



Mari kita tengok apa keistimewaan cleanser ni


+ Mengandungi ALOE VERA GEL yang melembabkan kulit.
+ Mengandungi PROVITAMIN B yang melembabkan kulit, merawat kesan oxidative terhadap kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit (revitalization of skin cells)
+ Mengandungi WITCH HAZEL dan COCONUT LIQUID SOAP untuk mencuci kotoran pada kulit
+ Mengandungi OLIVE LIQUID SOAP untuk melembabkan kulit
+ Mengandungi CALENDULA EXTRACT untuk merawat kulit sensetif dan radang
+ Mengandungi TEA TREE ESSENTIAL OIL dam SPEARMINT OIL untuk merawat jerawat


Wah, best kan? Bau dia agak kuat sikit tapi acceptable la dengan khasiat dia yang banyak tu. Sebenarnya, Mama Diva tak guna pun lagi, so next entri lah kita story review best ke idok? 

Nak order, Cepat, Buzz Mama Diva click www.wasap.my/60102538819
Ig - Rohani Muhamad
FB - Rohani Muhamad
Fb Page - Mary Jardin By Lady Lavender

okay, bubaiiiiii

Be Beautiful, Be MaryJardianian

Wednesday 10 October 2018

ADIK & ABANG

Salam

Hari ni Mama Diva nak bercerita tentang dua beradik ni.




Ini anak-anak mama Diva. Kita cerita pasal abang dulu lah ye

ABANG

Nama abang ni Tengku Zahin Haziq Bin Tengku Faisalriza. Umur 12 tahun. Abang ni anak istimewa tau. Dia disahkan OKU sebab mengidap penyakit sejenis penyakit otot iaitu Duchenne Muscular Distrofi.

Memang kalau tengok dia macam ni, tak ada apa yang pelik dan semua yang tengok pun tak akan sangka dia sebenarnya tidak boleh berjalan dan terpaksa duduk di kerusi roda sejak umurnya 10 tahun. Abang dilahirkan normal tapi penyakit ni sejenis penyakit genetik yang Mama Diva pun tak tau dia mengidap ni sampailah umur dia 7 tahun. Penyakit kelemahan otot yang sampai sekarang masih belum ada penawar. hanya Allah sahaja yang berkuasa menentukan segalanya. Tapi kami redha dan menerima ketentuan Allah ini dengan hati terbuka.

Tak nak lah cerita sedih-sedih. Abang ni walaupun berkerusi roda, tapi kalau diikutkan sangat berdikari kecuali untuk perkara-perkara yang dia tak boleh buat sendiri. Dia boleh menguruskan diri dengan baik tanpa bantuan. Boleh ke bilik air sendiri walaupun terpaksa merangkak kalau dalam rumah dan kat sekolah, dia berkerusi roda. Tapi penyakit dia tu melemahkan hampir kesemua otot pada badan dia tapi berperingkat. Setakat ni, hanya kaki yang sangat lemah yang tidak memungkinkan dia berdiri. Tangan masih boleh digunakan walaupun tidak segagah kanak-kanak seusianya. 

Tapi abang anak yang baik dan bijak. Alhamdullilah dia masih boleh bersekolah seperti biasa. Sangat bersemangat dan tidak menyerah kalah. Abang ni  masa mula-mula berkerusi roda dulu, memang selalu rasa rendah diri dan tak selesa bila orang pandang dia. Tapi lama-lama dia dapat menerima keadaan dia dan sangat positif. Mama Diva bangga ada anak sepertinya. Dia tidak malu bila kita bawak dia di khalayak ramai dengan berkerusi roda. mama Diva dan Abam KJ pun tidak pernah membiarkan abang rasa terasing. Kami selalu bawa dia ke mall atau taman dan biarkan dia menikmati zaman kana-kanak seperti kanak-kanak lain. Abang sangat sayangkan adik dia. Mungkin disebabkan perbezaan umur yang agak jauh, abang memang banyak mengalah dalam segala aspek berkenaan adik. Memang dia anak yang baik hatinya.

Abang ni makan sangat-sangat cerewet dan memilih. Lebih suka makanan barat berbanding masakan Melayu kecuali nasi ayam, sup dan nasi goreng dan ayam goreng. Makanan lain puas dipaksa baru makan. Tapi kalau pizza, spageti laju je habis.

ADIK

Nama adik Tengku Zaheera Khaylisa Binti Tengku Faisalriza. Umur 4 tahun. Perbezaan umur 8 tahun dengan abang dia. Memang dia hadiah dari Allah selepas 8 tahun menunggu. Bukan merancang tapi selepas lahirkan Zahin, memang Mama Diva tiada tanda-tanda mengandung langsung sehingga lah beberapa bulan sebelum pregnant dia ni, beberapa kali gugur. Panjang la kisahnya kalau nak bercerita. Tapi dipendekkan cerita, selepas 8 tahun lahirlah dia ni.

Mama Diva panggil Lisa je adik ni walaupun nama panjang. Adik ni kalau dibandingkan dengan abang memang berbeza 360 darjah. Perangai jauh beza dan paling ketara berbeza, hidup Mama Diva berubah hampir 100 % selepas dia lahir. Masa dia lah Mama Diva berjaya menyusu dengan susu badan secara eklsusif sampai umur dia 3 tahun lebih. Masa abang dia dulu, susu tepung je.

Lepas tu, dia ni pulak masa kecik kene eczema penuh satu muka. Sebab dia jugalah mama Diva mengenal makanan natural dan organik dan natural remedi. Memang panjang la kisahnya. Boleh baca di entri-entri sebelum ini perjalanan eczema dia. Memang sangat-sangat menduga. 

Cerita "babywearing" Mama Diva pun bermula dengan kelahiran adik. Nanti Mama Diva buat entri khas pasal ni. Cerita yang mengubah kehidupan Mama Diva. Cerita yang membawa erti persahabatan paling bermakna dan kenangan paling indah untuk dikenang. Ewahhhhh

Adik makan tak memilih tapi suka sangat makan nasi. Beza dengan abang dia kan? Dia apa saja boleh makan tak kira apa jenis. Degilnya pun lain macam. Pendek kata segala-galanya tentang adik adalah berbeza 100% daripada abang. Tapi abang adalah idola dia. Semua mainan abang dia main. Semua yang abang buat dia nak buat. 

Abang dan adik ni memang sangat rapat. Adik asal bangun tidur je tanya abang terus. Tapi itulah juga teman bermain. Itulah juga teman bergaduh. Pening kadang-kadang melayan kerenah dua-dua ni. Tapi ini sajalah harta yang Mama Diva ada dunia akhirat. Semoga jadi anak yang soleh dan solehah. 

Itu doa Mama Diva. 


Tuesday 9 October 2018

SIHAT SEBELUM SAKIT

Salam

Masih ingat percutian mama Diva ke Kemaman Sand Resort kat entri sebelum ni? Kata ada sambungan kan? Mari sini nak cerita panjang.

Sebenarnya sebelum bertolak ke Kemaman tu dah Abam KJ macam tak berapa sihat. Macam nak demam katanya. Tapi sebab hotel dah booking, kami teruskan juga lah hasrat nak bercuti tu. Beli panadol la dengan harapan demam tu kebah.

Sampai sana, lepas makan semua, dia still rasa tak sihat walaupun dah makan panadol. tapi sebab Lisa & Zahin seronok sangat nak mandi pool, dia ikutkan juga lah berendam sama. Lepas tu malamnya, memang dia demam teruk siap menggigil pakej sakit perut sangat-sangat. Tak tidur sangat pun malam tu. Kesian sangat sebab minyak panas pun tak ada bawak nak sapu-sapu.

Esok paginya, lepas sarapan terus check out. Niat asalnya nak la ronda-ronda bandar Kemaman dulu sebelum balik. Tapi memang Abam KJ teruk sangat nampak tak laratnya, balik je la terus.

Ingatkan kisah tak sihat ni berakhir la sudah. Rupanya makin teruk. Kebah demam pun on-off. Sakit perut berterusan pakej muntah 4-5 hari. Memang tak lena tidur langsung. Sakit perut ni luar biasa sangat. Bukan sakit perut biasa. Bukan cirit-birit. Sampai tak boleh makan langsung. Memang teruk sangatlah keadaannya tak tau nak gambarkan macamana. 

Pergi klinik 2-3 kali doktor cuma bagi ubat cirit-birit lah, ubat gastrik lah. Semua tak jalan. Bila tanya sakit bahagian mana, Abam KJ kata perut belah kiri. Last-last sebab tengok dia macam teruk sangat, ambil keputusan pergi lagi sekali ke klinik dan insist untuk scan ke apa-apa ke cara nak tengok kenapa sakit sangat tu. 

Kami pergi ke Poliklinik Ar-Razi Sungai Isap. Bila jumpa doktor, bagitau semua dan mintak doktor scan tengok, doktor kata dia tak boleh nak scan tapi sebab perut Abam KJ tu dia nampak macam besar dari biasa dan sakit tu pun setempat belah kiri tu je, dia cadang suruh buat X-tray.

Hasil X-tray, doktor nampak macam ada something tak kena dengan usus Abam KJ tapi kat klinik tak ada kelengkapan yang cukup untuk sahkan. Doktor tu buat surat suruh refer ke hospital hari tu jugak sebab dia bimbang ada sesuatu yang lebih teruk dari yang dia nampak.

Dipendekkan cerita, malam tu kami ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Keadaan Abam KJ pun semakin teruk juga sampai tak boleh jalan langsung terpaksa ditolak dengan kerusi roda. Setelah melalui beberapa prosedur, Abam KJ kena admit ke wad la malam tu juga. Kebetulan sungguh Mama Diva tengah bercuti panjang sebab ambil cuti sambung dengan cuti merdeka masa tu. Boleh la jaga dia di wad.

Hasil pemeriksaan doktor, memang nampak ada kelainan pada usus Abam KJ tapi doktor tak pasti apa. Macam-macam spekulasi keluar sebab sintom-sintom sakit dia ada yang menyamai dengan kanser usus. Ya Allah. Masa tu macam gelap dunia sekejap. Sambil berzikir dan berdoa , macam-macam bermain di fikiran. Perasaan bercampur-baur.

"Ya Allah, Ujian apa lagi yang kau berikan kepada hambaMu ini"


Akhirnya, doktor memutuskan bahawa dikhuatiri usus Abam KJ tersumbat dan  pembedahan usus harus dijalankan dengan segera. Allahu Akbar! Kami pasrah dan redha pada ketentuanNya sambil berharap segalanya akan berjalan lancar dan Abam KJ akan kembali sembuh.

Tanggal 10/9/2018 sejarah tercipta bila inilah pertama kali kami diuji dengan ujian sebegini. Abam KJ ditolak masuk ke Dewan Bedah dengan perasaan Mama Diva bergelodak dengan hebat. Dalam hati tak putus-putus berdoa semoga segalanya baik-baik saja. Semoga pembedahan berjalan lancar.

Pembedahan bermula seawal 8.30 pagi dan bila ditanya doktor berapa lama, dianggarkan 3-4 jam. Namun selepas penantian yang sangat panjang, Mama Diva menunggu dengan perasaan berkecamuk dan tertanya-tanya. Tempoh masa 4 jam sudah berlalu tapi tiada tanda-tanda pembedahan telah selesai. 

"Ya Allah! Selamatkanlah suamiku!!"

Hati tak putus-putus berdoa. Lebih kurang dekat pukul 7.00 petang macam tu, Abam KJ di tolak masuk semula ke dalam wad. Alhamdullilah! Alhamdullilah! Pembedahan selesai. Leganya Mama Diva rasa Allah sahaja yang tahu.

"Syukur padaMu Ya Allah"


Keadaan Abam KJ selepas di bawa keluar dari Dewan Bedah

Pembedahan berjalan lancar dan boleh dikatakan berjaya. Tapi berdebar la jugak kan nak tau apa sebenarnya hasil pembedahan tu. Doktor cakap, ada bahagian usus besar Abam KJ tu terkena radang yang sangat kronik dan sudah tahap terlalu nipis dan hampir pecah kalau lambat dapat rawatan. 

Patutlah selama ni Abam KJ memang selalu sangat sakit perut terutama kalau tersalah makan. Ingatkan sakit perut biasa-biasa je sebab hilang sendiri je selalu lepas tu. Tapi ni macam pelik dan lama dia sakit tak hilang-hilang. Demam tu mungkin sign usus tu nak bagitau yang memang ada something wrong kat  dalam sana.Alhamdullilah, lega la bila dah tahu sakit apa dan bukan kanser usus. 

Tapi, akibatnya usus Abam KJ yang terkena radang tu terpaksa di potong dan dibuang. Buat sementara, usus terpaksa ditebuk dibahagian perut dan kena pakai beg najis (stoma bag) di luar sementara bahagian usus dalam tu recover. Berapa lama tempoh pakai, bergantung pada keadaan dan kesembuhan usus tu. Allahu! Memang berita berat juga yang terpaksa ditanggung tu. Memang mula-mula Abam KJ tak dapat terima kenyataan keadaan tu. Tapi jika ini adalah cara terbaik untuk kesembuhan di masa akan datang, terpaksa lah terima. Doktor cakap, nanti bila segalanya berjalan lancar, usus tu akan disambung semula. Insya Allah, dengan izin Allah segalanya mungkin.


Rupa terkini selepas pembedahan.

Begitulah. 

Segalanya ketentuan Allah. Segalanya yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah yang memberi kita kesihatan. Allah juga yang memberi penyakit dan ujian. Allah jua yang menyembuhkan. Aaaminn Ya Rabb. Kita sebagai hamba wajib percaya ketentuan ini.

Hargailah kesihatan kita sementara masih sihat. Kita tidak tahu bila sakit itu akan datang. Sama ada kita bersedia atau tidak, kalau Allah pilih kita untuk di uji, kita kena REDHA. Mama Diva percaya itu dan mensyukurinya.

Sekian. Panjang kan? Terima kasih yang membaca hingga akhirnya. Doakan Abam KJ kembali sihat sepeti sediakala. Doakan kebahagian kami.

MEMBERSHIP MARY JARDIN

Salam

Hari ni  Mama Diva nak membebel pasal perkara best pasal Mary Jardin

Mary Jardin sekarang ni buka peluang untuk semua orang join Membership Program

APA YANG BEST DENGAN MEMBERSHIP MARY JARDIN?

- Pendaftaran adalah PERCUMA 
- Tak perlu menjual, beli untuk kegunaan sendiri pun boleh
- Tak ada had pembelian
- Boleh beli sendiri tanpa melalui agent
- Boleh kumpul point pada setiap pembelian dan 
- Point terkumpul boleh redeem produk Mary Jardin
- Ajak kenalan berkongsi beli lagi ramai, lagi tinggi point terkumpul
- Hadiah ekslusif PERCUMA Birthday Treat
- Makluman berita dan promosi MJ terkini
- Berpeluang mendapat BONUS/PENDAPATAN dengan menyertai affiliate MJ 

TAPIIIIIIIIII BUKAN ITU SAHAJA

Ada lagi tawaran menarik bulan ini. Bagi ahli yang baru mendaftar bulan ini, akan dapat tawaran diskaun sehingga 80% bagi pembelian Sabun + Lotion. Harga asal kedua-dua ni RM82 tau termasuk postage. Tapi bagi meraikan membership baru, dapat dengan harga murah RM19.90. postage PERCUMA. Best kan? Kan?




Macamana nak register? Syarat-syaratnya? Satu je syarat wajib. Kena ada akaun email yang boleh connect dengan Facebook. Yang aktif semestinya. Boleh register dulu email dengan Mama Diva dan bila dah daftar boleh log in ke web dan bebas pilih-pilih produk apa lagi yang berkenan selain tawaran promo tu.

Meh la sesiapa berminat cepat, Buzz Mama Diva click www.wasap.my/60102538819
Atau boleh pm di fb Rohani Muhamad
DM di IG Rohani_Muhamad
Boleh juga massage di Page Mary Jardin By Lady Lavender

Babaiiiiiiiii

BE BEAUTIIFUL, BE MARYJARDINIAN

Monday 8 October 2018

SKINCARE KEDUA MARY JARDIN - CALENDULA HONEY

Salam

Sebelum-sebelum ni mama Diva selalu bercerita pasal skincare Mary Jardin yang bertema Lavender kan? Haaa, kali ni, Mary Jardin dah perkenalkan skincare kedua pula. Kali ni bertema CALENDULA HONEY

Mesti semua ternya-tanya apa dia Calendula ni. meh la Mama Diva cerita sikit.

APA TU CALENDULA? 

Calendula juga dikenali sebagai Pot Marigold dan merupakan tanaman yang termasuk dalam keluarga Asteraceae. Bunga ini berwarna kuning atau jingga merah. Selain menjadi tanaman hiasan, bunga Calendula juga sering digunakan didalam bahan kosmetik, penjagaan muka dan ubat-ubatan. 

Minyak atau ekstrak dari bunga ini dimanfaatkan sebagai ubat penyakit kulit kerana memiliki kandungan antiseptik dan antibakteria. Kajian menunjukkan bahawa calendula mempunyai regneratif ajaib, anti radang dan juga antioksidan, jadi ia memberikan kesan yang ajaib pada penyakit kulit no 1 iaitu psoriasis dan juga eczema. 

Ekstrak Calendula juga telah terbukti dalam merawat buasir dan juga melegakan ruam lampin. Selain daripada ciri-ciri antiseptik dan anti radang, ia turut membantu dalam menyembuhkan luka, menyegarkan kulit dan amat berkesan dalam merawat luka terbakar.
Siapa sangka, bunga yang berasal dari Eropah ini memiliki banyak manfaat untuk kecantikan? 



Antara manfaat Calendula ialah :

  1. Menghilangkan jeragat
  2. Mengatasi masalah kulit kering.
  3. Anti bakteria, jadi ia membantu mengatasi masalah jerawat.
  4. Anti radang, membantu mereka yang mengalami masalah jerawat.
  5. Mengecutkan jerawat & menghilangkan luka jerawat.
  6. Membantu mengelakkan pembentukan parut.
  7. Membantu mengurangkan parut.
  8. Menghilangkan sunburn.
  9. Melembabkan kulit.

Menarik sungguh kan? Padan lah untuk range skincare kedua Mary jardin Doktor Maryam memilih untuk menggunakan extract minyak bunga Calendula ni. Sekarang sudah available di web Mary Jardin tapi

STOK ADALAH TERHAD!!
.
- Diperkaya dengan calendula extract sebagai antioksidan, madu, spearmint oil, aloevera, vitamin c
.
- Diformulasikan untuk mengurangkan radang dan melegakan kulit sensitif kering dan berjerawat
.
- Juga sesuai untuk melembapkan dan memperbaiki struktur semua jenis kulit dan melambatkan penuaan
.




Harga asal loose calendula
.
Cleanser RM39
Face Oil RM56
Serum RM109
.
Total RM 204
Postage RM12.90

 Lebih UNTUNG kalau ambil 1 set calendula series:
.
RM 189 sahaja termasuk postage
.
Boleh PWP (purchase with purchase) cosmetic bag pada harga RM9.90 sahaja

Cepat, Buzz Mama Diva untuk order click www.wasap.my/60102538819

FB -Rohani Muhamad
IC - Rohani_Muhamad
Fb Page - Mary Jardin By Lady Lavender 


"BE BEAUTIFUL, BE MARYJARDINIAN"

KEMAMAN SAND RESORT

Salam

Agak lama juga blog ni sepi dari aktiviti percutian Mama Diva kan? Jom kita mula balik. kali ni nak bercerita tentang percutian singkat ke 

KEMAMAN SAND RESORT

Asbab percutian kali ni, sempena anniversary Mama Diva & Abam KJ yang ke 13 tahun. almaklumlah, dah lama sangat kawen ni, banyak la kekangan masa dan wang nak pergi bercuti jauh-jauh. Search punya search jumpa la tempat ni. Dekat je. Kemaman kalau dari Kuantan dalam 45 minit macam tu je

Pintu Masuk

Lawa kannnnnn?????
































Gambar ihsan pakcik google je hihi


Best juga tempat ni. Private villa. Sangat tenang, dengan pool private di tengah-tengah villa dan bilik-bilik mengelilinginya. Sesuai la sangat untuk menenangkan jiwa lara ewah. Rate harga masa booking ni RM127++. Okay lah kan, walaupun tak ada breakfast. Apa susah kawasan ni dekat dengan kedai-kedai makan sekelilingnya.

Mari kita layan gambar-gambar di sana ye?


Depan bilik ada playground ni. Belah belakang sana Pantai Teluk Mok Nik a.k.a Monica Bay


Budak paling gembira dapat mandi pool inilah orangnya



Abang Zahin malas layan, Lisa excited sensorang di belakang

Dah kenapa muka macam tahan beR je? hihi




Walaupun tempat ni cantik dan damai, sayang je sebab tiba-tiba malam tu Abam Kj demam sampai menggigil + sakit perut sangat-sangat. So, pagi esok tu, seawal 10 pagi kami dah check out. Tak sempat lah nak ronda-ronda bandar Kemaman. Lain kali lah boleh repeat lagi datang sini


Singkat tapi bermakna. Itu yang penting. Bercuti tak perlu jauh-jauh, yang penting bersama yang tersayang. Betul tak?

Okaylah, sekian dulu. Babai

Mama Diva

*akan bersambung part Abam KJ sakit perut tu, panjang lagi ceritanya. Tunggu

Monday 5 February 2018

PERJALANAN ECZEMA - PART 4

Salam



Okeh kali ni nak sambung perjalanan eczema Lisa. Sebelum ni, MamaDiva dah mengupas (ewah macam penceramah bebas pula) tentang penjagaan dalaman untuk eczema. Kali ni kita sambung penjagaan LUARAN

Penjagaan luaran ni, kira macam sapuan yang kita buat pada kulit yang ada eczema. Tak kira la guna minyak, losyen, krim ke atau apa-apa ubat sapuan lain.

Sebenarnya, sapuan ni menyumbang 20 % je pada penyembuhan eczema. Kebanyakan krim sapuan ni, kalau ada bahan kimia sintetik atau steriod SANGAT TIDAK DIGALAKKAN. Kalau boleh say NO terus. 

Panjang kalau nak cerita pasal krim ada steriod ni. Pendek kata, apa sahaja krim yang dibekalkan hospital atau doktor memang berunsur steriod. Steriod ni, eloknya cepat tapi sebenarnya hakikat sebenar, elok di permukaan tapi memburuk di dalam. Memang tak akan baik sampai bila-bila. Penyakit hanya berkumpul bawah kulit, tunggu masa silap makan akan trigger dengan lebih teruk. Say NO to all steriod cream okay!!

Masa Lisa dulu, mula-mula sebab pergi klinik, doktor bagi Aqueous Cream tu. Ala cream sapuan biasa dapat kalau sakit gatal. Wajib dorang bagi cream ni. Krim ni tiada steriod tapi ada SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) yang tidak sesuai untuk eczema. Ia bertujuan meredakan kegatalan tapi bukan eczema. Tujuan sapu aquoes cream ni, untuk lembabkan kulit kering yang menyumbang kepada kegatalan kulit.

Aquoes Cream ni, boleh menyebabkan radang pada kulit bertambah teruk dan pedih pun iya disebabkan SLS tu. Memang fungsi dia melembabkan, tapi pengunaan yang berterusan memang akan menyebabkan radang sebabnya SLS akan mengurangkan ketebalan lapisan kulit yang sihat dan menyebabkan kehilangan air dari kulit lalu dan menyebabkan kulit pesakit eczema menjadi lebih kering, gatal dan radang.

Boleh pakai kalau terdesak tapi hanya penggunaan yang sekejap. Contoh guna seminggu berhenti seminggu. Tapi kalau tak guna langsung lagi baik. Seeloknya gantikan dengan Mintak Zaiton (Olive Oil) yang kaya dengan Vitamin C dan pelembab yang baik untuk kulit. Kalau sekarang MamaDiva cadangkan FACE OIL MARY JARDIN sebab face oil ni ada 9 jenis minyak yang memang sangat elok untuk kulit termasuk Minyak Argan dan Minyak Zaiton. Ada beberapa pelanggan MamaDiva yang gunakan face oil ini untuk eczema mereka. Testimoni alhamdullilah.


Lisa dulu MamaDiva pakai yang ni je, sapu, makan seme tibai ni jek

Eh lupa bagi gambar Aqueos Cream. Tengok bawah ye

Ala krim putih biasa kita panggil ubat gatal tu






Memang biasa kalau anak gatal-gatal, doktor suruh sapu krim ni. Lepas ni jangan ye, sapu minyak lebih elok.


Macam Lisa dulu, MamaDiva guna

-Extra Virgin Olive Oil
- Virgin Coconut Oil
- Krim Sapu MooGoo

Lagi satu, baby-baby eczema ni, sensitif tau dengan produk penjagaan badan. Macam sabun-sabun semua di pasaran banyak yang ada SLS, Paraben segala. Jangan guna tu! Tak sesuai. Lisa dulu guna produk MooGoo. Kalau google, produk MooGoo ni produk natural yang sangat bagus untuk merawat eczema. MamaDiva memang beli satu set termasuk mandian dan semua krim-krim dia tu, memang banyak + agak pricey tapi berbaloi.

Ini lah satu set MooGoo tu


Bagi menghilangkan kegatalan. kalau mengganggu sangat, ada beberapa cara MamaDiva guna selain sapuan luar. Boleh mandikan anak dengan bancuhan air Tea Roibos (pun guna yang Cosway punya). Bagi anak berendam dengan air teh ni, selalunya berjaya kurangkan gatal. Lagi satu, guna rendaman Epsom Salt. Kalau pergi kedai baby macam Fobulous Mom tu, tanya je Epsom Salt buat rendam tu dorang tau.

PALING PENTING - jangan mandikan anak dengan air panas/suam. Sentiasa mandikan dengan air sejuk/suhu bilik. Mandian air panas hanya menambah kerengsaan dan mengeringkan kulit. Ingat, kelembapan adalah kunci kepada kesembuhan eczema. Kalau kulit kering macamana nak elok? Kan?

Alhamdullilah, dengan semua cara penjagaan eczema ni, selesailah sudah perjalanan eczema seorang Zaheera Khaylisa. MamaDiva bersyukur sangat-sangat dia dah fully revover. Tapi masih lagi MamaDiva kawal permakanan dia. Contoh macam seafood tak pernah lagi bagi. Bukan apa, langkah berjaga-jaga je. Gembira sangat tak terkata bila kita nampak sendiri kesan-kesan eczema tu semakin menghilang. LEGA SANGAT-SANGAT RASANYA. 

Tujuan berkongsi di sini supaya ramai lebih dapat manfaat dari pengalaman tak seberapa MamaDiva menangani eczema. Walaupun tak seteruk orang lain, tapi pengalaman berharga sangat.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Babaiiiii


MARY JARDIN WAREHOUSE CLEARANCE

Salam


Sebenarnya kan, bermula 15/1/2018 - 15/2/2018, Mary Jardin ada Warehouse Clearance Grand Finale Sale

Produk Mary Jardin dijual dengan harga promo sehingga 70%. Dah namanya clearance kan, ada beberapa produk dah Out Of Stock pun. Semua berebut macam jerung lapar termasuk lah agent-agent sekali ngap tak ingat orang belakang.

Tak apa. Masih sempat lagi kalau berminat, ada banyak lagi yang masih ternanti-nanti waktu clear dari radar.


Ini gambar-gambar produk on sale






Yang tanda-tanda pangkah tu faham-faham la ye, sudah hilang dari radar, TIADA PENAMBAHAN STOK, sila menangis ditepian longkang




Macamana nak order? Meh Buzz MamaDiva. Sedia berkhidmat

Whatshap/Telegram - 010-2538819
Fb - Rohani Muhamad
ig - Rohani_Muhamad

Be Beautiful, Be MaryJardinian



NASI BERIANI

Salam

Di hari Isnin yang indah ni, dapat makan Nasi Beriani untuk lunch sangatlah

AWESOME!!
 
Speechless sebab sedap sangat
 
Uolls layan gambar je la ye hiihihi
 
 
 *eh lupa, nama kedai Gerai Kamaruddin Bukit Sekilau Kuantan
 
 
Maafkan minyak berkebihan merbahayakan kesihatan tersebut hehe

Babai duluuuu...

RUTIN PAGI

Salam

Sebelum ni MamaDiva jarang buat sarapan untuk Zahin. Semenjak dia dah tak boleh berjalan ke kantin dan sekarang duduk pulak kat kerusi roda, memang kena prepare breakfast untuk dia.

Zahin makan simple-simple je. Selalu MamaDiva bangun dalam pukul 6.00pagi @ 6.30 pagi camtu sempat je prepare sandwich ke, goreng nugget, sosej. Kadang-kadang dia nak makan scramble egg.

Hari ni, masak mi goreng simple je. Sayur cuma carrot. Memang dia suka mi macamtu.

Lepas Zahin pergi sekolah, MamaDiva kemas barang Lisa pulak untuk ke taska. Si diva ni, bangun liat tapi bila suruh mandi, laju. Kadang bawak bekal, kadang tak. Lisa suka singgah kedai beli roti atau kuih. Dia yang pilih kedai mana dia nak singgah. Diva sungguh.

Lepas siapkan Lisa barulah MamaDiva siap-siap nak pergi kerja pulak. Masa singkat di pagi hari ini lah nak manjakan muka pun. Nasib baik ada Sabun Susu Kambing Mary Jardin yang super best tu. Cuci muka kejap je dah rasa bersih. Tambah Face Oil Mary Jardin + Serum Collagen Mary Jardin dah ready to go. ME LOVE MJ!!!

Nak dapatkan prouduk Mary Jardin boleh contact MamaDiva ye. Promosi sehingga 70% masih on

Whatsap/telegram/tel 010-2538819
Fb - Rohani Muhamad
Ig - Rohani_Muhamad

Babaiiiiii

Be beautiful, Be MaryJardinian

Sunday 4 February 2018

PERJALANAN ECZEMA - PART 3

Salam

Jom kita sambung, cerita eczema #littlediva. Kali ni, kita bercerita tentang apa yang MamaDiva buat dan amalkan untuk pulihkan eczema Lisa. MamaDiva tak ada lah pakar mana sangat nak bagi tips. Tapi apa yang diamalkan ini, semua dari pembacaan dan ilmu "emas" dari gruop natural dan group eczema di muka buku. 

Tips penjagaan ni MamaDiva bahagikan kepada dua bahagian

1. Dalaman
2. Luaran

Bagi MamaDiva, paling penting dalaman. Sebab apa, tak kira la krim paling hebat atau paling mahal di dunia pun, kalau kita tak jaga dalaman atau secara tepatnya jaga gut (usus) semua tu tak berkesan sebab sapuan luaran hanya menyumbang 20% kepada kesembuhan. Walaupun kita gunakan krim sintetik atau yang mengandungi steriod berlebihan, penyembuhan mungkin cepat tapi tidak berhenti 100%. 

Untuk kali ni, nak story penjgaan DALAMAN je dulu ye

Nak jaga guts (usus) ni, MamaDiva pun mula tak faham juga. Dah kenapa apa kaitan apa yang ada di usus kita dengan eczema di badan dan muka? Jauhhhh tu dari perut.

Inilah yang ramai gagal fahami dan terasa remeh dan renyah. Padahal inilah kunci kepada semua masalah kesihatan. Apa yang kita masukkan dalam mulut kita, mempengaruhi usus kita dan kesihatan. Sebab tu kena jaga. Elakkan makanan yang akan menyumbang kepada "keseksaan" usus.

Jom ubati eczema dengan cara semulajadi. Lambat tapi selamat.

Supplemen yang diperlukan:

 1. Betulkan usus

 - Probiotik (lactoGG dan lacto5) dan prebiotik(Al-manna atau Tayyebat)
 - Tingkatkan amalan makan yang berunsur 'fermented foods' spt Tempoyak, Tempe mentah, Kimchi, Saurkraut, Sourdough bread, Kambuchea Tea dan sayuran/buahan peram lain, Miso.

2.  Tingkatkan sistem imun/iman
 - Lebih baik mengambil bahan makanan meningkatkan immune dari bahan alami. Contohnya

 - Raw Garlic
 - Habbatussauda
 - Olivenol
 - Pevoo
 - VCO
 - Green Juicing

 ELAKKAN Supplemen dari sumber sintetik boleh membebankan usus

 3. Makanan yang dielakkan utk perbaiki:

Usus

 - Refined carbs (tepung putih, beras putih)
 - Refined sugar (Chocolate, Gula2, cake etc)
 - Processed food (kita tak tahu mereka letak apa dalam ni....bahan sintetik membebankan usus juga)
 - Elakkan makan buah lepas makan (Makan buah seharusnya semasa perut kosong spt yg disyorkan Rasulullah saw)
- elakkan juga makan segala jenis seafood, ayam (kecuali ayam organik)

 Sistem imun

 - Refined sugar (Chocolate, Gula2, cake etc)
 (Gula ringkas adalah makanan kepada bakteria jahat...mereka yang lemah ketahanan diri perlu elakkan gula ringkas dan beralih kepada sumber gula yang lebih sihat seperti gula perang

Susah kan? Ye, mulanya banyak jenis supplemen atau makanan yang disebutkan di atas tu, asing bagi MamaDiva. Korang semua pun, kalau tak tau boleh tanya pakcik google atau masuk group eczema dia muka buku. Banyak ilmu kat situ antara rajin dengan tak je

Contoh makanan Probiotik (tempoyak, budu, cencalok ppun ya tapi tak ada dalam gambar

Makanan tinggi Prebiotik (prebiotik ni makanan berserat yg bagus untuk bacteria baik dalam usus


Untuk rawat eczema baby, mesti pelik kan kalau guna cara atas ni, macam tak logik bagi baby kan? Sebab baby mana boleh makan lagi. Haa, inilah nak story. Semua di atas, MamaDiva makan untuk diri sendiri. Sebabnya, Lisa baby fully breasfeed. Apa yang MamaDiva makan, akan disalurkan pada Lisa melalui susu ibu. Hakikat yang semua orang perlu terima adalah

SUSU IBU SUSU TERBAIK DI DUNIA

Semua supplement dan pantang makan tu applicable pada ibu sampai anak dah boleh makan. Tapi, memandangkan Lisa eczema, MamaDiva lewatkan tempoh bagi dia makan. Lisa start solid food dalam umur 11-12 bulan macamtu. Sehingga itu, Lisa breastfeed sahaja tanpa makanan.

Bila dia dah start makan, lagi la susah nak jaga. Kena kawal apa yang dia makan. MamaDiva masukkan dalam makanan lisa segala prebiotik macam Lacto 5, Olivenol, VCO, Olive Oil tu seme titis dalam makanan dia.


Memang susah dan mencabar. Dahlah kena kawal makan, orang sekeliling pun komplen macam-macam sebab penyembuhan cara natural ni lambat juga kan? Kadang ada masa-masanya kita gagal kawal "cacing" langgar jugaklah pantang segala, dah jadi flare merah, berair segala. Masa tu orang pulak start tengok macam hapa, start cadang itu ini termasuk krim steriod yang paling perlu di elakkan. Nak cerita pasal krim steriod ni panjang. Mungkin lain entri boleh story.

Untuk kali ini, ni je lah dulu, MamaDiva bagi gambar-gambar supplemen dan makanan prebiotik probiotik untuk korang kenal dan amalkan ye.








Kita sambung lagi nanti. Babaiiiiiiiii

 

Saturday 3 February 2018

CARA KENALI JENIS KULIT MUKA

Salam

Jom sembang pasal kulit pulak. Penting untuk kita tau jenis kulit kita sebelum guna ap-apa produk di muka. Kadang-kadang sebab penggunaan yang salah tidak sesuai kulit muka menyebabkan pelbagai masalah kulit muka walaupun meggunakan produk mahal.



[CARA KENALI JENIS KULIT ANDA] 

1. Kulit berminyak

Basahkan wajah anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian, gunakan tisu atau jari tangan untuk menekan bahagian kening, pipi dan dagu. Jika anda lihat ada minyak pada tisu atau jari, maka itu bermaksud kulit wajah anda adalah jenis yang berminyak.

2. Kulit kering

Ulangkan kaedah seperti di atas. Jika anda tidak melihat ada minyak pada tisu atau tangan, itu bermaksud kulit wajah anda adalah jenis kulit kering.

3. Kulit kering-berminyak

Kebiasannya, orang yang mempunyai kulit jenis ini, akan mempunyai bahagian muka yang berminyak pada tempat tertentu seperti di kening, hidung dan dagu, manakala, bahagian lain pula kering.

Bila dah kenal kulit kita, baru boleh kenalpasti cara pakai mask yang bersesuaian kulit kita.



Check it out ladies!


PERJALANAN ECZEMA LITTLEDIVA - PART 2

Salam

Meh MamaDiva sambung perjalanan eczema #littlediva

Bila ruam merah sikit-sikit tu, MamaDiva yang memang buta terus pasal eczema masa tu, memang ingat tu ruam susu. Macam-macam petua buat, sapu susu ibu, bancuh bedak sejuk + susu ebm, krim doktor semua sapu. Nampak macam ok, tapi on dan off.

Ruam makin merebak, merah pipi tak yah cakap lah, dari jauh dah orang nampak. Masa tu, memang menguji sangat. 

Bawak keluar je mesti ada yang tanya, 

"Kenapa tu?"
"Merahnya ruam, mesti sakit"
"Kenapa biar sampai macam ni, tak berubat ke?"
"Cuba sapu bla bla bla bla"
"Bawak pergi berubat kampung la"

Macam-macam cadangan. Bila bawak kedai makan je, pandang macam nak tembus ke dasar hati, pelik sangat-sangat macam la anak kita berpenyakit berjangkit.

Kesabaran pun dah ke laut. MamaDiva pernah je sound, marahkan orang yang pandang lebih-lebih tu. Betul-betul rasa macam orang tak betul. Malam-malam menangis basah bantal. Dah tahap bercakap sorang. Suami pun dah risau tengok kita macam serabut sangat. Allah saja yang tahu.

Tapi, dalam-dalam serabut tu la akhirnya, dibukakan pintu hati MamaDiva, dipertemukan dengan group Pahang Babywearers, Malaysian Babywearers. Niat asal nak tau ilmu mengendong je. Rupanya-rupanya inilah kunci kepada kesembuhan Lisa.

Apa kaitan?

Sebab dalam group ni lah MamaDiva mengenal natural remedies untuk sembuhkan penyakit. Dalam ni lah macam-macam ilmu parenting dapat. Berkenalan dengan ahli-ahli di dalamnya yang banyak beri ilmu yang selama ini asing bagi MamaDiva. Barulah, tau sebenarnya krim-krim yang doktor bagi tu, boleh dielak dan eczema boleh disembuhkan tanpa bahan kimia. 

Pasal mengendong? Owh itu another part yang kalau nak bercerita, sampai ke anak cucu pun tak habis wahaha

Nah! Ni gambar-gambar Lisa masa eczema. Ada masa-masa yang teruk tu, tak sanggup la nak ambil gambar. Ini pun, tengok semula pun rasa sedih balik




Okey, nanti kita sambung lagi ye. MamaDiva akan share macamana dan apa yang MamaDiva buat untuk sembuhkan lisa

Bersambung da......