Monday 5 February 2018

PERJALANAN ECZEMA - PART 4

Salam



Okeh kali ni nak sambung perjalanan eczema Lisa. Sebelum ni, MamaDiva dah mengupas (ewah macam penceramah bebas pula) tentang penjagaan dalaman untuk eczema. Kali ni kita sambung penjagaan LUARAN

Penjagaan luaran ni, kira macam sapuan yang kita buat pada kulit yang ada eczema. Tak kira la guna minyak, losyen, krim ke atau apa-apa ubat sapuan lain.

Sebenarnya, sapuan ni menyumbang 20 % je pada penyembuhan eczema. Kebanyakan krim sapuan ni, kalau ada bahan kimia sintetik atau steriod SANGAT TIDAK DIGALAKKAN. Kalau boleh say NO terus. 

Panjang kalau nak cerita pasal krim ada steriod ni. Pendek kata, apa sahaja krim yang dibekalkan hospital atau doktor memang berunsur steriod. Steriod ni, eloknya cepat tapi sebenarnya hakikat sebenar, elok di permukaan tapi memburuk di dalam. Memang tak akan baik sampai bila-bila. Penyakit hanya berkumpul bawah kulit, tunggu masa silap makan akan trigger dengan lebih teruk. Say NO to all steriod cream okay!!

Masa Lisa dulu, mula-mula sebab pergi klinik, doktor bagi Aqueous Cream tu. Ala cream sapuan biasa dapat kalau sakit gatal. Wajib dorang bagi cream ni. Krim ni tiada steriod tapi ada SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) yang tidak sesuai untuk eczema. Ia bertujuan meredakan kegatalan tapi bukan eczema. Tujuan sapu aquoes cream ni, untuk lembabkan kulit kering yang menyumbang kepada kegatalan kulit.

Aquoes Cream ni, boleh menyebabkan radang pada kulit bertambah teruk dan pedih pun iya disebabkan SLS tu. Memang fungsi dia melembabkan, tapi pengunaan yang berterusan memang akan menyebabkan radang sebabnya SLS akan mengurangkan ketebalan lapisan kulit yang sihat dan menyebabkan kehilangan air dari kulit lalu dan menyebabkan kulit pesakit eczema menjadi lebih kering, gatal dan radang.

Boleh pakai kalau terdesak tapi hanya penggunaan yang sekejap. Contoh guna seminggu berhenti seminggu. Tapi kalau tak guna langsung lagi baik. Seeloknya gantikan dengan Mintak Zaiton (Olive Oil) yang kaya dengan Vitamin C dan pelembab yang baik untuk kulit. Kalau sekarang MamaDiva cadangkan FACE OIL MARY JARDIN sebab face oil ni ada 9 jenis minyak yang memang sangat elok untuk kulit termasuk Minyak Argan dan Minyak Zaiton. Ada beberapa pelanggan MamaDiva yang gunakan face oil ini untuk eczema mereka. Testimoni alhamdullilah.


Lisa dulu MamaDiva pakai yang ni je, sapu, makan seme tibai ni jek

Eh lupa bagi gambar Aqueos Cream. Tengok bawah ye

Ala krim putih biasa kita panggil ubat gatal tu






Memang biasa kalau anak gatal-gatal, doktor suruh sapu krim ni. Lepas ni jangan ye, sapu minyak lebih elok.


Macam Lisa dulu, MamaDiva guna

-Extra Virgin Olive Oil
- Virgin Coconut Oil
- Krim Sapu MooGoo

Lagi satu, baby-baby eczema ni, sensitif tau dengan produk penjagaan badan. Macam sabun-sabun semua di pasaran banyak yang ada SLS, Paraben segala. Jangan guna tu! Tak sesuai. Lisa dulu guna produk MooGoo. Kalau google, produk MooGoo ni produk natural yang sangat bagus untuk merawat eczema. MamaDiva memang beli satu set termasuk mandian dan semua krim-krim dia tu, memang banyak + agak pricey tapi berbaloi.

Ini lah satu set MooGoo tu


Bagi menghilangkan kegatalan. kalau mengganggu sangat, ada beberapa cara MamaDiva guna selain sapuan luar. Boleh mandikan anak dengan bancuhan air Tea Roibos (pun guna yang Cosway punya). Bagi anak berendam dengan air teh ni, selalunya berjaya kurangkan gatal. Lagi satu, guna rendaman Epsom Salt. Kalau pergi kedai baby macam Fobulous Mom tu, tanya je Epsom Salt buat rendam tu dorang tau.

PALING PENTING - jangan mandikan anak dengan air panas/suam. Sentiasa mandikan dengan air sejuk/suhu bilik. Mandian air panas hanya menambah kerengsaan dan mengeringkan kulit. Ingat, kelembapan adalah kunci kepada kesembuhan eczema. Kalau kulit kering macamana nak elok? Kan?

Alhamdullilah, dengan semua cara penjagaan eczema ni, selesailah sudah perjalanan eczema seorang Zaheera Khaylisa. MamaDiva bersyukur sangat-sangat dia dah fully revover. Tapi masih lagi MamaDiva kawal permakanan dia. Contoh macam seafood tak pernah lagi bagi. Bukan apa, langkah berjaga-jaga je. Gembira sangat tak terkata bila kita nampak sendiri kesan-kesan eczema tu semakin menghilang. LEGA SANGAT-SANGAT RASANYA. 

Tujuan berkongsi di sini supaya ramai lebih dapat manfaat dari pengalaman tak seberapa MamaDiva menangani eczema. Walaupun tak seteruk orang lain, tapi pengalaman berharga sangat.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Babaiiiii


MARY JARDIN WAREHOUSE CLEARANCE

Salam


Sebenarnya kan, bermula 15/1/2018 - 15/2/2018, Mary Jardin ada Warehouse Clearance Grand Finale Sale

Produk Mary Jardin dijual dengan harga promo sehingga 70%. Dah namanya clearance kan, ada beberapa produk dah Out Of Stock pun. Semua berebut macam jerung lapar termasuk lah agent-agent sekali ngap tak ingat orang belakang.

Tak apa. Masih sempat lagi kalau berminat, ada banyak lagi yang masih ternanti-nanti waktu clear dari radar.


Ini gambar-gambar produk on sale






Yang tanda-tanda pangkah tu faham-faham la ye, sudah hilang dari radar, TIADA PENAMBAHAN STOK, sila menangis ditepian longkang




Macamana nak order? Meh Buzz MamaDiva. Sedia berkhidmat

Whatshap/Telegram - 010-2538819
Fb - Rohani Muhamad
ig - Rohani_Muhamad

Be Beautiful, Be MaryJardinian



NASI BERIANI

Salam

Di hari Isnin yang indah ni, dapat makan Nasi Beriani untuk lunch sangatlah

AWESOME!!
 
Speechless sebab sedap sangat
 
Uolls layan gambar je la ye hiihihi
 
 
 *eh lupa, nama kedai Gerai Kamaruddin Bukit Sekilau Kuantan
 
 
Maafkan minyak berkebihan merbahayakan kesihatan tersebut hehe

Babai duluuuu...

RUTIN PAGI

Salam

Sebelum ni MamaDiva jarang buat sarapan untuk Zahin. Semenjak dia dah tak boleh berjalan ke kantin dan sekarang duduk pulak kat kerusi roda, memang kena prepare breakfast untuk dia.

Zahin makan simple-simple je. Selalu MamaDiva bangun dalam pukul 6.00pagi @ 6.30 pagi camtu sempat je prepare sandwich ke, goreng nugget, sosej. Kadang-kadang dia nak makan scramble egg.

Hari ni, masak mi goreng simple je. Sayur cuma carrot. Memang dia suka mi macamtu.

Lepas Zahin pergi sekolah, MamaDiva kemas barang Lisa pulak untuk ke taska. Si diva ni, bangun liat tapi bila suruh mandi, laju. Kadang bawak bekal, kadang tak. Lisa suka singgah kedai beli roti atau kuih. Dia yang pilih kedai mana dia nak singgah. Diva sungguh.

Lepas siapkan Lisa barulah MamaDiva siap-siap nak pergi kerja pulak. Masa singkat di pagi hari ini lah nak manjakan muka pun. Nasib baik ada Sabun Susu Kambing Mary Jardin yang super best tu. Cuci muka kejap je dah rasa bersih. Tambah Face Oil Mary Jardin + Serum Collagen Mary Jardin dah ready to go. ME LOVE MJ!!!

Nak dapatkan prouduk Mary Jardin boleh contact MamaDiva ye. Promosi sehingga 70% masih on

Whatsap/telegram/tel 010-2538819
Fb - Rohani Muhamad
Ig - Rohani_Muhamad

Babaiiiiii

Be beautiful, Be MaryJardinian

Sunday 4 February 2018

PERJALANAN ECZEMA - PART 3

Salam

Jom kita sambung, cerita eczema #littlediva. Kali ni, kita bercerita tentang apa yang MamaDiva buat dan amalkan untuk pulihkan eczema Lisa. MamaDiva tak ada lah pakar mana sangat nak bagi tips. Tapi apa yang diamalkan ini, semua dari pembacaan dan ilmu "emas" dari gruop natural dan group eczema di muka buku. 

Tips penjagaan ni MamaDiva bahagikan kepada dua bahagian

1. Dalaman
2. Luaran

Bagi MamaDiva, paling penting dalaman. Sebab apa, tak kira la krim paling hebat atau paling mahal di dunia pun, kalau kita tak jaga dalaman atau secara tepatnya jaga gut (usus) semua tu tak berkesan sebab sapuan luaran hanya menyumbang 20% kepada kesembuhan. Walaupun kita gunakan krim sintetik atau yang mengandungi steriod berlebihan, penyembuhan mungkin cepat tapi tidak berhenti 100%. 

Untuk kali ni, nak story penjgaan DALAMAN je dulu ye

Nak jaga guts (usus) ni, MamaDiva pun mula tak faham juga. Dah kenapa apa kaitan apa yang ada di usus kita dengan eczema di badan dan muka? Jauhhhh tu dari perut.

Inilah yang ramai gagal fahami dan terasa remeh dan renyah. Padahal inilah kunci kepada semua masalah kesihatan. Apa yang kita masukkan dalam mulut kita, mempengaruhi usus kita dan kesihatan. Sebab tu kena jaga. Elakkan makanan yang akan menyumbang kepada "keseksaan" usus.

Jom ubati eczema dengan cara semulajadi. Lambat tapi selamat.

Supplemen yang diperlukan:

 1. Betulkan usus

 - Probiotik (lactoGG dan lacto5) dan prebiotik(Al-manna atau Tayyebat)
 - Tingkatkan amalan makan yang berunsur 'fermented foods' spt Tempoyak, Tempe mentah, Kimchi, Saurkraut, Sourdough bread, Kambuchea Tea dan sayuran/buahan peram lain, Miso.

2.  Tingkatkan sistem imun/iman
 - Lebih baik mengambil bahan makanan meningkatkan immune dari bahan alami. Contohnya

 - Raw Garlic
 - Habbatussauda
 - Olivenol
 - Pevoo
 - VCO
 - Green Juicing

 ELAKKAN Supplemen dari sumber sintetik boleh membebankan usus

 3. Makanan yang dielakkan utk perbaiki:

Usus

 - Refined carbs (tepung putih, beras putih)
 - Refined sugar (Chocolate, Gula2, cake etc)
 - Processed food (kita tak tahu mereka letak apa dalam ni....bahan sintetik membebankan usus juga)
 - Elakkan makan buah lepas makan (Makan buah seharusnya semasa perut kosong spt yg disyorkan Rasulullah saw)
- elakkan juga makan segala jenis seafood, ayam (kecuali ayam organik)

 Sistem imun

 - Refined sugar (Chocolate, Gula2, cake etc)
 (Gula ringkas adalah makanan kepada bakteria jahat...mereka yang lemah ketahanan diri perlu elakkan gula ringkas dan beralih kepada sumber gula yang lebih sihat seperti gula perang

Susah kan? Ye, mulanya banyak jenis supplemen atau makanan yang disebutkan di atas tu, asing bagi MamaDiva. Korang semua pun, kalau tak tau boleh tanya pakcik google atau masuk group eczema dia muka buku. Banyak ilmu kat situ antara rajin dengan tak je

Contoh makanan Probiotik (tempoyak, budu, cencalok ppun ya tapi tak ada dalam gambar

Makanan tinggi Prebiotik (prebiotik ni makanan berserat yg bagus untuk bacteria baik dalam usus


Untuk rawat eczema baby, mesti pelik kan kalau guna cara atas ni, macam tak logik bagi baby kan? Sebab baby mana boleh makan lagi. Haa, inilah nak story. Semua di atas, MamaDiva makan untuk diri sendiri. Sebabnya, Lisa baby fully breasfeed. Apa yang MamaDiva makan, akan disalurkan pada Lisa melalui susu ibu. Hakikat yang semua orang perlu terima adalah

SUSU IBU SUSU TERBAIK DI DUNIA

Semua supplement dan pantang makan tu applicable pada ibu sampai anak dah boleh makan. Tapi, memandangkan Lisa eczema, MamaDiva lewatkan tempoh bagi dia makan. Lisa start solid food dalam umur 11-12 bulan macamtu. Sehingga itu, Lisa breastfeed sahaja tanpa makanan.

Bila dia dah start makan, lagi la susah nak jaga. Kena kawal apa yang dia makan. MamaDiva masukkan dalam makanan lisa segala prebiotik macam Lacto 5, Olivenol, VCO, Olive Oil tu seme titis dalam makanan dia.


Memang susah dan mencabar. Dahlah kena kawal makan, orang sekeliling pun komplen macam-macam sebab penyembuhan cara natural ni lambat juga kan? Kadang ada masa-masanya kita gagal kawal "cacing" langgar jugaklah pantang segala, dah jadi flare merah, berair segala. Masa tu orang pulak start tengok macam hapa, start cadang itu ini termasuk krim steriod yang paling perlu di elakkan. Nak cerita pasal krim steriod ni panjang. Mungkin lain entri boleh story.

Untuk kali ini, ni je lah dulu, MamaDiva bagi gambar-gambar supplemen dan makanan prebiotik probiotik untuk korang kenal dan amalkan ye.








Kita sambung lagi nanti. Babaiiiiiiiii

 

Saturday 3 February 2018

CARA KENALI JENIS KULIT MUKA

Salam

Jom sembang pasal kulit pulak. Penting untuk kita tau jenis kulit kita sebelum guna ap-apa produk di muka. Kadang-kadang sebab penggunaan yang salah tidak sesuai kulit muka menyebabkan pelbagai masalah kulit muka walaupun meggunakan produk mahal.



[CARA KENALI JENIS KULIT ANDA] 

1. Kulit berminyak

Basahkan wajah anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian, gunakan tisu atau jari tangan untuk menekan bahagian kening, pipi dan dagu. Jika anda lihat ada minyak pada tisu atau jari, maka itu bermaksud kulit wajah anda adalah jenis yang berminyak.

2. Kulit kering

Ulangkan kaedah seperti di atas. Jika anda tidak melihat ada minyak pada tisu atau tangan, itu bermaksud kulit wajah anda adalah jenis kulit kering.

3. Kulit kering-berminyak

Kebiasannya, orang yang mempunyai kulit jenis ini, akan mempunyai bahagian muka yang berminyak pada tempat tertentu seperti di kening, hidung dan dagu, manakala, bahagian lain pula kering.

Bila dah kenal kulit kita, baru boleh kenalpasti cara pakai mask yang bersesuaian kulit kita.



Check it out ladies!


PERJALANAN ECZEMA LITTLEDIVA - PART 2

Salam

Meh MamaDiva sambung perjalanan eczema #littlediva

Bila ruam merah sikit-sikit tu, MamaDiva yang memang buta terus pasal eczema masa tu, memang ingat tu ruam susu. Macam-macam petua buat, sapu susu ibu, bancuh bedak sejuk + susu ebm, krim doktor semua sapu. Nampak macam ok, tapi on dan off.

Ruam makin merebak, merah pipi tak yah cakap lah, dari jauh dah orang nampak. Masa tu, memang menguji sangat. 

Bawak keluar je mesti ada yang tanya, 

"Kenapa tu?"
"Merahnya ruam, mesti sakit"
"Kenapa biar sampai macam ni, tak berubat ke?"
"Cuba sapu bla bla bla bla"
"Bawak pergi berubat kampung la"

Macam-macam cadangan. Bila bawak kedai makan je, pandang macam nak tembus ke dasar hati, pelik sangat-sangat macam la anak kita berpenyakit berjangkit.

Kesabaran pun dah ke laut. MamaDiva pernah je sound, marahkan orang yang pandang lebih-lebih tu. Betul-betul rasa macam orang tak betul. Malam-malam menangis basah bantal. Dah tahap bercakap sorang. Suami pun dah risau tengok kita macam serabut sangat. Allah saja yang tahu.

Tapi, dalam-dalam serabut tu la akhirnya, dibukakan pintu hati MamaDiva, dipertemukan dengan group Pahang Babywearers, Malaysian Babywearers. Niat asal nak tau ilmu mengendong je. Rupanya-rupanya inilah kunci kepada kesembuhan Lisa.

Apa kaitan?

Sebab dalam group ni lah MamaDiva mengenal natural remedies untuk sembuhkan penyakit. Dalam ni lah macam-macam ilmu parenting dapat. Berkenalan dengan ahli-ahli di dalamnya yang banyak beri ilmu yang selama ini asing bagi MamaDiva. Barulah, tau sebenarnya krim-krim yang doktor bagi tu, boleh dielak dan eczema boleh disembuhkan tanpa bahan kimia. 

Pasal mengendong? Owh itu another part yang kalau nak bercerita, sampai ke anak cucu pun tak habis wahaha

Nah! Ni gambar-gambar Lisa masa eczema. Ada masa-masa yang teruk tu, tak sanggup la nak ambil gambar. Ini pun, tengok semula pun rasa sedih balik




Okey, nanti kita sambung lagi ye. MamaDiva akan share macamana dan apa yang MamaDiva buat untuk sembuhkan lisa

Bersambung da......

Friday 2 February 2018

PERJALANAN ECZEMA SEORANG ZAHEERA KHAYLISA - PART 1

Salam

Hari ni MamaDiva nak cerita tentang perjalanan eczema #littlediva Tengku Zaheera Khaylisa. Anak kedua MamaDiva ni seorang survivor eczema sebenarnya. Sekarang dah berumur 4 tahun dan bebas eczema 100%.

Kelahiran Lisa pada tanggal 31/7/2014 adalah mimpi indah jadi nyata buat MamaDiva setelah 8 tahun sepi tanpa kehadiran bayi kecil selepas anak sulung Tengku Zahin. Akhirnya, merasa juga Zahin nak beradik ehehe

Segalanya serba sempurna rasanya sebab MamaDiva berjaya melahirkan Lisa secara normal dan berjaya juga breastfeed tanpa masalah.

Mimpi ngeri bermula bila Littlediva berumur +- 3 bulan. Pipi dia mula dipenuhi ruam merah-merah kecil. Biasalah pada tanggapan kami, tu "kurap susu" kata orang. 

Malangnya, semakin lama semakin banyak dan setelah pelbagai petua guna, still tiada perubahan, malah semakin teruk. Rasa kecewa sangat sebab bila pergi klinik, doktor cuma cakap ruam susu dan bagi krim gatal. Sapu krim tu pun tak mendatangkan apa-apa kesan.

Suami berseloroh katanya, doa dia dimakbulkan bila dapat anak perempuan putih gebu yang "berpipi merah" sebab masa MamaDiva mengandung dulu, dia selalu panggil baby dalam perut "Humaira" yang bermaksud "kemerah-merahan" (if im not mistaken) 

Nak tau tak macam mana littlediva pulih sepenuhnya?

Kita sambung next entri. Tunggu

Nah belanja gambar Littlediva Now and Then

See uollssss later. Babai







KAMI WANITA SERUM

Salam

MamaDiva kan, dalam team kecil kami, minggu ni ada misi #serumphotoselfie. Kami sepakat posing yang sama dengan serum dan tema yang kami pilih adalah posing sambil tutup mata

Ya! Dan semua ahli sepakat buat. Nak tengok tak hasilnya? Jom

-
-
-

Cantik kan kami? Jangan jealous taw? Uolls pon boleh 


Best kan? Kami semua obses dengan Serum Collagen Mary Jardin ni sebab apa tau?


[ 5 FAKTA KENAPA PELANGGAN MEMILIH SERUM MARY JARDIN ]

1. Tekstur ringan, tidak melekit dan cepat serap.

2. Fungsi sunblock SPF 30 paling sepadan dengan cuaca di Malaysia.

3. Pelengkap kepada skincare rutin. Kalau muka tak banyak masalah, pakai serum ni lah kunci kepada wajah flawless macam edit photoshop.

4. Bahan aktif nya yang sangat banyak (to be exact 10 ingredients) merawat hingga ke bawah lapisan kulit. Agak berkualiti tinggi sehingga dianggap setaraf dengan brand luar negara.

5. Mengecutkan jerawat lebih efektif, memberi ekstra kelembapan, memudarkan jeragat dan menegangkan kulit wajah.

Inilah!!!!!! Perfect package kan?

 Kalau nak order, sekarang harga promosi tau, HANYA RM120 SAHAJA (berbanding harga asal RM150)

Cemana nak order?Buzz je MamaDiva
Whatsapp/telefon/telegram
010-2538819
Fb - Rohani Muhamad
Ig - Rohani_Muhamad

Okay. Babai

Be Beautiful, Be MaryJardinian

Thursday 1 February 2018

KENAPA FACE OIL MARY JARDIN SANGAT ISTIMEWA

Salam

Face Oil memang hot item dalam Mary Jardin. Ramai yang suka. Jom baca kelebihan-kelebihan yang ada pada  "the magic portion" ni 

KELEBIHAN FACE OIL

Selain melembapkan kulit, face oil juga memiliki berbagai manfaat yang baik untuk kulit.

1. A Great-Great Moisturizer

Olive dan minyak kelapa merupakan kandungan terbaik yang dapat melembapkan kulit. Bagi Anda yang memiliki jenis kulit kering dan sensitif, produk tersebut akan bekerja secara efektif jika dikombinasikan dengan krim wajah.

2. Mengurangi Kerutan Pada Wajah

Dermatologi dari Loyola University of Chicagi, Dr. Rebecca Tung, tanda-tanda penuaan boleh diatasi secara maksimum dengan Primrose Oil atau bahan yang mengandung Vitamin E, seperti Argan Oil. Kedua kandungan tersebut ada di dalam produk face oil yang berfungsi menjaga keanjalan.


3. Sebagai Pembersih Wajah

Minyak telah terbukti mampu mengangkat sisa makeup dan kotoran secara berkesan. Di samping itu, face oil tidak akan membuat kulit terasa kering. Oleskan face oil pada seluruh wajah, dan basuh menggunakan kapas atau tuala.


4. Sesuai untuk kulit sensitif

Sebagian besar produk face oil memiliki kandungan anti-inflamasi. Kandungan tersebut membantu meredakan peradangan, sensitif serta kulit kemerahan dan terbakar. Untuk hasil yang efektif, pilih produk face oil yang mengandungi minyak Argan, Yangu, atau Geranium.

5. Melindungi Kulit dari Radikal Bebas

Minyak memiliki sifat lipofilik atau mudah larut di dalam lemak. Ia lebih mudah terserap jauh ke dalam kulit dan bekerja secara efektik. Bukan hanya itu saja, face oil juga dapat menangkal radikal bebas, racun, serta asing. Untuk hasil yang lebih maksimum, boleh menggunakan rosehip seed oil yang memiliki tinggi kandungan anti-oksidan.

6. Sebagai Makeup Primer

Ingin mendapatkan hasil riasan wajah dewy-look yang super glowing? Aplikasikan produk face oil sebagai makeup primer. Setelahnya, barulah Anda mengaplikan alas bedak secara merata. Jika tak ingin kesan glowy yang berlebihan, Anda dapat mengaplikasikan setting powder di tahap terakhir.

7. Mengetatkan Pori-Pori

Beberapa kandungan face oil seperti Macadamia, Jojoba, dan Camellia, berfungsi mengangkat kotoran dan lemak yang menumpuk di dalam pori-pori. Namun, sebaiknya Anda berkonsultasi lebih dulu dengan doktor kecantikan kulit, karena tidak sedikit pula kandungan face oil yang dapat menyumbat pori-pori kulit.

8. Anti Jerawat

Tea tree dan jojoba oil dikatakan sebagai salah satu kandungan yang dapat menghilangkan jerawat secara efektif. Dr. Tung menjelaskan bahawa kedua kandungan tersebut dapat mengurangi produksi minyak yang berlebihan. Selain itu, tea tree dan jojoba oil dapat membuat jerawat lebih cepat kering.

9. Membantu Produk Skin Care Terserap Secara Maksimum

Sapukan face oil sebelum menggunakan krim pada wajah. Hal itu berfungsi untuk membantu penyerapan kandungan day cream, night cream, eye cream, ataupun anti-agin cream, lebih maksimal ke dalam kulit. Jika tak ingin memberikan kesan terlalu glowy, tuangkan 2-3 tetes face oil pada krim wajah yang akan di aplikasikan.

(Kissy Aprilia, Images: Berbagai sumber)








Boleh dapatkan sekarang dengan harga promo HANYA RM30 sempena Warehouse Clearance Mary Jardin dari 15/01/2018 - 15/02/2018

Telefon/whatsap/telegram MamaDiva http://bit.ly/2f9CXRZ
Fb - https://www.facebook.com/rohani.muhamad
Instagram - rohani_muhamad

babaiiiii

BE BEAUTIFUL, BE MARYJARDINIAN

JANJI SEORANG ANAK

Salam

Hari ini, nak cerita pasal anak teruna pujaan hati MamaDiva, Tengku Zahin Haziq. Dia nak amik UPSR tahun ni. Sekejap je masa berlalu. Rasanya baru je lagi MamaDiva lahirkan dia.

Malam tadi MamaDiva check la beg sekolah Zahin dan jumpa ini

-
-
-




Tiba-tiba baca ni macam sebak. Sedih. Terharu. Walaupun dalam serba kekurangan Zahin, jauh di sudut hati dia pun nak berjaya macam orang lain.

Sungguhlah. Anak kecil, walau seremeh mana pun perbuatan, memang boleh menyentuh hati ibubapa. Tahniah Zahin. Mama doakan Zahin berjaya dalam UPSR. Berjaya di dunia dan akhirat. Sayang ketat-ketat. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

Love Zahin ~hugs~

Sekian, luahan hati seorang MamaDiva


LADY LAVENDER REBIRTH - MAMADIVA

Salam

Hi kembali bersiaran setelah memerap beberapa ketika. Kini, Lady Lavender hadir dengan semangat baru. Misi baru. Lady Lavender kini dengan nama pentas baru

MAMADIVA




Saja la kan, semoga dengan kelahiran semula ini, perjalanan hidup MamaDiva lebih cemerlang gemilang.

Kita berkenalan semula ye. Nama sebenar MamaDiva Rohani Muhamad. Berumur 41 tahun. Ibu kepada 2 orang anak. Seorang Peguam. Dan juga pada masa yang sama buat bisnes Mary Jardin, produk Skincare NATURAL DAN ORGANIK

Selamat Berkenalan semua

'BE BEAUTIFUL, BE MARYJARDINIAN"