Salam
Agak lama juga blog ni sepi dari aktiviti percutian Mama Diva kan? Jom kita mula balik. kali ni nak bercerita tentang percutian singkat ke
KEMAMAN SAND RESORT
Asbab percutian kali ni, sempena anniversary Mama Diva & Abam KJ yang ke 13 tahun. almaklumlah, dah lama sangat kawen ni, banyak la kekangan masa dan wang nak pergi bercuti jauh-jauh. Search punya search jumpa la tempat ni. Dekat je. Kemaman kalau dari Kuantan dalam 45 minit macam tu je
Pintu Masuk |
Lawa kannnnnn????? |
Gambar ihsan pakcik google je hihi
Best juga tempat ni. Private villa. Sangat tenang, dengan pool private di tengah-tengah villa dan bilik-bilik mengelilinginya. Sesuai la sangat untuk menenangkan jiwa lara ewah. Rate harga masa booking ni RM127++. Okay lah kan, walaupun tak ada breakfast. Apa susah kawasan ni dekat dengan kedai-kedai makan sekelilingnya.
Mari kita layan gambar-gambar di sana ye?
Depan bilik ada playground ni. Belah belakang sana Pantai Teluk Mok Nik a.k.a Monica Bay |
Budak paling gembira dapat mandi pool inilah orangnya |
Abang Zahin malas layan, Lisa excited sensorang di belakang |
Dah kenapa muka macam tahan beR je? hihi |
Walaupun tempat ni cantik dan damai, sayang je sebab tiba-tiba malam tu Abam Kj demam sampai menggigil + sakit perut sangat-sangat. So, pagi esok tu, seawal 10 pagi kami dah check out. Tak sempat lah nak ronda-ronda bandar Kemaman. Lain kali lah boleh repeat lagi datang sini
Singkat tapi bermakna. Itu yang penting. Bercuti tak perlu jauh-jauh, yang penting bersama yang tersayang. Betul tak?
Okaylah, sekian dulu. Babai
Mama Diva
*akan bersambung part Abam KJ sakit perut tu, panjang lagi ceritanya. Tunggu
No comments:
Post a Comment