Wednesday, 10 October 2018

ADIK & ABANG

Salam

Hari ni Mama Diva nak bercerita tentang dua beradik ni.




Ini anak-anak mama Diva. Kita cerita pasal abang dulu lah ye

ABANG

Nama abang ni Tengku Zahin Haziq Bin Tengku Faisalriza. Umur 12 tahun. Abang ni anak istimewa tau. Dia disahkan OKU sebab mengidap penyakit sejenis penyakit otot iaitu Duchenne Muscular Distrofi.

Memang kalau tengok dia macam ni, tak ada apa yang pelik dan semua yang tengok pun tak akan sangka dia sebenarnya tidak boleh berjalan dan terpaksa duduk di kerusi roda sejak umurnya 10 tahun. Abang dilahirkan normal tapi penyakit ni sejenis penyakit genetik yang Mama Diva pun tak tau dia mengidap ni sampailah umur dia 7 tahun. Penyakit kelemahan otot yang sampai sekarang masih belum ada penawar. hanya Allah sahaja yang berkuasa menentukan segalanya. Tapi kami redha dan menerima ketentuan Allah ini dengan hati terbuka.

Tak nak lah cerita sedih-sedih. Abang ni walaupun berkerusi roda, tapi kalau diikutkan sangat berdikari kecuali untuk perkara-perkara yang dia tak boleh buat sendiri. Dia boleh menguruskan diri dengan baik tanpa bantuan. Boleh ke bilik air sendiri walaupun terpaksa merangkak kalau dalam rumah dan kat sekolah, dia berkerusi roda. Tapi penyakit dia tu melemahkan hampir kesemua otot pada badan dia tapi berperingkat. Setakat ni, hanya kaki yang sangat lemah yang tidak memungkinkan dia berdiri. Tangan masih boleh digunakan walaupun tidak segagah kanak-kanak seusianya. 

Tapi abang anak yang baik dan bijak. Alhamdullilah dia masih boleh bersekolah seperti biasa. Sangat bersemangat dan tidak menyerah kalah. Abang ni  masa mula-mula berkerusi roda dulu, memang selalu rasa rendah diri dan tak selesa bila orang pandang dia. Tapi lama-lama dia dapat menerima keadaan dia dan sangat positif. Mama Diva bangga ada anak sepertinya. Dia tidak malu bila kita bawak dia di khalayak ramai dengan berkerusi roda. mama Diva dan Abam KJ pun tidak pernah membiarkan abang rasa terasing. Kami selalu bawa dia ke mall atau taman dan biarkan dia menikmati zaman kana-kanak seperti kanak-kanak lain. Abang sangat sayangkan adik dia. Mungkin disebabkan perbezaan umur yang agak jauh, abang memang banyak mengalah dalam segala aspek berkenaan adik. Memang dia anak yang baik hatinya.

Abang ni makan sangat-sangat cerewet dan memilih. Lebih suka makanan barat berbanding masakan Melayu kecuali nasi ayam, sup dan nasi goreng dan ayam goreng. Makanan lain puas dipaksa baru makan. Tapi kalau pizza, spageti laju je habis.

ADIK

Nama adik Tengku Zaheera Khaylisa Binti Tengku Faisalriza. Umur 4 tahun. Perbezaan umur 8 tahun dengan abang dia. Memang dia hadiah dari Allah selepas 8 tahun menunggu. Bukan merancang tapi selepas lahirkan Zahin, memang Mama Diva tiada tanda-tanda mengandung langsung sehingga lah beberapa bulan sebelum pregnant dia ni, beberapa kali gugur. Panjang la kisahnya kalau nak bercerita. Tapi dipendekkan cerita, selepas 8 tahun lahirlah dia ni.

Mama Diva panggil Lisa je adik ni walaupun nama panjang. Adik ni kalau dibandingkan dengan abang memang berbeza 360 darjah. Perangai jauh beza dan paling ketara berbeza, hidup Mama Diva berubah hampir 100 % selepas dia lahir. Masa dia lah Mama Diva berjaya menyusu dengan susu badan secara eklsusif sampai umur dia 3 tahun lebih. Masa abang dia dulu, susu tepung je.

Lepas tu, dia ni pulak masa kecik kene eczema penuh satu muka. Sebab dia jugalah mama Diva mengenal makanan natural dan organik dan natural remedi. Memang panjang la kisahnya. Boleh baca di entri-entri sebelum ini perjalanan eczema dia. Memang sangat-sangat menduga. 

Cerita "babywearing" Mama Diva pun bermula dengan kelahiran adik. Nanti Mama Diva buat entri khas pasal ni. Cerita yang mengubah kehidupan Mama Diva. Cerita yang membawa erti persahabatan paling bermakna dan kenangan paling indah untuk dikenang. Ewahhhhh

Adik makan tak memilih tapi suka sangat makan nasi. Beza dengan abang dia kan? Dia apa saja boleh makan tak kira apa jenis. Degilnya pun lain macam. Pendek kata segala-galanya tentang adik adalah berbeza 100% daripada abang. Tapi abang adalah idola dia. Semua mainan abang dia main. Semua yang abang buat dia nak buat. 

Abang dan adik ni memang sangat rapat. Adik asal bangun tidur je tanya abang terus. Tapi itulah juga teman bermain. Itulah juga teman bergaduh. Pening kadang-kadang melayan kerenah dua-dua ni. Tapi ini sajalah harta yang Mama Diva ada dunia akhirat. Semoga jadi anak yang soleh dan solehah. 

Itu doa Mama Diva. 


No comments:

Post a Comment