Salam
Masih ingat percutian mama Diva ke Kemaman Sand Resort kat entri sebelum ni? Kata ada sambungan kan? Mari sini nak cerita panjang.
Sebenarnya sebelum bertolak ke Kemaman tu dah Abam KJ macam tak berapa sihat. Macam nak demam katanya. Tapi sebab hotel dah booking, kami teruskan juga lah hasrat nak bercuti tu. Beli panadol la dengan harapan demam tu kebah.
Sampai sana, lepas makan semua, dia still rasa tak sihat walaupun dah makan panadol. tapi sebab Lisa & Zahin seronok sangat nak mandi pool, dia ikutkan juga lah berendam sama. Lepas tu malamnya, memang dia demam teruk siap menggigil pakej sakit perut sangat-sangat. Tak tidur sangat pun malam tu. Kesian sangat sebab minyak panas pun tak ada bawak nak sapu-sapu.
Esok paginya, lepas sarapan terus check out. Niat asalnya nak la ronda-ronda bandar Kemaman dulu sebelum balik. Tapi memang Abam KJ teruk sangat nampak tak laratnya, balik je la terus.
Ingatkan kisah tak sihat ni berakhir la sudah. Rupanya makin teruk. Kebah demam pun on-off. Sakit perut berterusan pakej muntah 4-5 hari. Memang tak lena tidur langsung. Sakit perut ni luar biasa sangat. Bukan sakit perut biasa. Bukan cirit-birit. Sampai tak boleh makan langsung. Memang teruk sangatlah keadaannya tak tau nak gambarkan macamana.
Pergi klinik 2-3 kali doktor cuma bagi ubat cirit-birit lah, ubat gastrik lah. Semua tak jalan. Bila tanya sakit bahagian mana, Abam KJ kata perut belah kiri. Last-last sebab tengok dia macam teruk sangat, ambil keputusan pergi lagi sekali ke klinik dan insist untuk scan ke apa-apa ke cara nak tengok kenapa sakit sangat tu.
Kami pergi ke Poliklinik Ar-Razi Sungai Isap. Bila jumpa doktor, bagitau semua dan mintak doktor scan tengok, doktor kata dia tak boleh nak scan tapi sebab perut Abam KJ tu dia nampak macam besar dari biasa dan sakit tu pun setempat belah kiri tu je, dia cadang suruh buat X-tray.
Hasil X-tray, doktor nampak macam ada something tak kena dengan usus Abam KJ tapi kat klinik tak ada kelengkapan yang cukup untuk sahkan. Doktor tu buat surat suruh refer ke hospital hari tu jugak sebab dia bimbang ada sesuatu yang lebih teruk dari yang dia nampak.
Dipendekkan cerita, malam tu kami ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Keadaan Abam KJ pun semakin teruk juga sampai tak boleh jalan langsung terpaksa ditolak dengan kerusi roda. Setelah melalui beberapa prosedur, Abam KJ kena admit ke wad la malam tu juga. Kebetulan sungguh Mama Diva tengah bercuti panjang sebab ambil cuti sambung dengan cuti merdeka masa tu. Boleh la jaga dia di wad.
Hasil pemeriksaan doktor, memang nampak ada kelainan pada usus Abam KJ tapi doktor tak pasti apa. Macam-macam spekulasi keluar sebab sintom-sintom sakit dia ada yang menyamai dengan kanser usus. Ya Allah. Masa tu macam gelap dunia sekejap. Sambil berzikir dan berdoa , macam-macam bermain di fikiran. Perasaan bercampur-baur.
"Ya Allah, Ujian apa lagi yang kau berikan kepada hambaMu ini"
Akhirnya, doktor memutuskan bahawa dikhuatiri usus Abam KJ tersumbat dan pembedahan usus harus dijalankan dengan segera. Allahu Akbar! Kami pasrah dan redha pada ketentuanNya sambil berharap segalanya akan berjalan lancar dan Abam KJ akan kembali sembuh.
Tanggal 10/9/2018 sejarah tercipta bila inilah pertama kali kami diuji dengan ujian sebegini. Abam KJ ditolak masuk ke Dewan Bedah dengan perasaan Mama Diva bergelodak dengan hebat. Dalam hati tak putus-putus berdoa semoga segalanya baik-baik saja. Semoga pembedahan berjalan lancar.
Pembedahan bermula seawal 8.30 pagi dan bila ditanya doktor berapa lama, dianggarkan 3-4 jam. Namun selepas penantian yang sangat panjang, Mama Diva menunggu dengan perasaan berkecamuk dan tertanya-tanya. Tempoh masa 4 jam sudah berlalu tapi tiada tanda-tanda pembedahan telah selesai.
"Ya Allah! Selamatkanlah suamiku!!"
Hati tak putus-putus berdoa. Lebih kurang dekat pukul 7.00 petang macam tu, Abam KJ di tolak masuk semula ke dalam wad. Alhamdullilah! Alhamdullilah! Pembedahan selesai. Leganya Mama Diva rasa Allah sahaja yang tahu.
"Syukur padaMu Ya Allah"
Keadaan Abam KJ selepas di bawa keluar dari Dewan Bedah |
Pembedahan berjalan lancar dan boleh dikatakan berjaya. Tapi berdebar la jugak kan nak tau apa sebenarnya hasil pembedahan tu. Doktor cakap, ada bahagian usus besar Abam KJ tu terkena radang yang sangat kronik dan sudah tahap terlalu nipis dan hampir pecah kalau lambat dapat rawatan.
Patutlah selama ni Abam KJ memang selalu sangat sakit perut terutama kalau tersalah makan. Ingatkan sakit perut biasa-biasa je sebab hilang sendiri je selalu lepas tu. Tapi ni macam pelik dan lama dia sakit tak hilang-hilang. Demam tu mungkin sign usus tu nak bagitau yang memang ada something wrong kat dalam sana.Alhamdullilah, lega la bila dah tahu sakit apa dan bukan kanser usus.
Tapi, akibatnya usus Abam KJ yang terkena radang tu terpaksa di potong dan dibuang. Buat sementara, usus terpaksa ditebuk dibahagian perut dan kena pakai beg najis (stoma bag) di luar sementara bahagian usus dalam tu recover. Berapa lama tempoh pakai, bergantung pada keadaan dan kesembuhan usus tu. Allahu! Memang berita berat juga yang terpaksa ditanggung tu. Memang mula-mula Abam KJ tak dapat terima kenyataan keadaan tu. Tapi jika ini adalah cara terbaik untuk kesembuhan di masa akan datang, terpaksa lah terima. Doktor cakap, nanti bila segalanya berjalan lancar, usus tu akan disambung semula. Insya Allah, dengan izin Allah segalanya mungkin.
Rupa terkini selepas pembedahan. |
Begitulah.
Segalanya ketentuan Allah. Segalanya yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah yang memberi kita kesihatan. Allah juga yang memberi penyakit dan ujian. Allah jua yang menyembuhkan. Aaaminn Ya Rabb. Kita sebagai hamba wajib percaya ketentuan ini.
Hargailah kesihatan kita sementara masih sihat. Kita tidak tahu bila sakit itu akan datang. Sama ada kita bersedia atau tidak, kalau Allah pilih kita untuk di uji, kita kena REDHA. Mama Diva percaya itu dan mensyukurinya.
Sekian. Panjang kan? Terima kasih yang membaca hingga akhirnya. Doakan Abam KJ kembali sihat sepeti sediakala. Doakan kebahagian kami.
No comments:
Post a Comment