Monday 5 February 2018

PERJALANAN ECZEMA - PART 4

Salam



Okeh kali ni nak sambung perjalanan eczema Lisa. Sebelum ni, MamaDiva dah mengupas (ewah macam penceramah bebas pula) tentang penjagaan dalaman untuk eczema. Kali ni kita sambung penjagaan LUARAN

Penjagaan luaran ni, kira macam sapuan yang kita buat pada kulit yang ada eczema. Tak kira la guna minyak, losyen, krim ke atau apa-apa ubat sapuan lain.

Sebenarnya, sapuan ni menyumbang 20 % je pada penyembuhan eczema. Kebanyakan krim sapuan ni, kalau ada bahan kimia sintetik atau steriod SANGAT TIDAK DIGALAKKAN. Kalau boleh say NO terus. 

Panjang kalau nak cerita pasal krim ada steriod ni. Pendek kata, apa sahaja krim yang dibekalkan hospital atau doktor memang berunsur steriod. Steriod ni, eloknya cepat tapi sebenarnya hakikat sebenar, elok di permukaan tapi memburuk di dalam. Memang tak akan baik sampai bila-bila. Penyakit hanya berkumpul bawah kulit, tunggu masa silap makan akan trigger dengan lebih teruk. Say NO to all steriod cream okay!!

Masa Lisa dulu, mula-mula sebab pergi klinik, doktor bagi Aqueous Cream tu. Ala cream sapuan biasa dapat kalau sakit gatal. Wajib dorang bagi cream ni. Krim ni tiada steriod tapi ada SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) yang tidak sesuai untuk eczema. Ia bertujuan meredakan kegatalan tapi bukan eczema. Tujuan sapu aquoes cream ni, untuk lembabkan kulit kering yang menyumbang kepada kegatalan kulit.

Aquoes Cream ni, boleh menyebabkan radang pada kulit bertambah teruk dan pedih pun iya disebabkan SLS tu. Memang fungsi dia melembabkan, tapi pengunaan yang berterusan memang akan menyebabkan radang sebabnya SLS akan mengurangkan ketebalan lapisan kulit yang sihat dan menyebabkan kehilangan air dari kulit lalu dan menyebabkan kulit pesakit eczema menjadi lebih kering, gatal dan radang.

Boleh pakai kalau terdesak tapi hanya penggunaan yang sekejap. Contoh guna seminggu berhenti seminggu. Tapi kalau tak guna langsung lagi baik. Seeloknya gantikan dengan Mintak Zaiton (Olive Oil) yang kaya dengan Vitamin C dan pelembab yang baik untuk kulit. Kalau sekarang MamaDiva cadangkan FACE OIL MARY JARDIN sebab face oil ni ada 9 jenis minyak yang memang sangat elok untuk kulit termasuk Minyak Argan dan Minyak Zaiton. Ada beberapa pelanggan MamaDiva yang gunakan face oil ini untuk eczema mereka. Testimoni alhamdullilah.


Lisa dulu MamaDiva pakai yang ni je, sapu, makan seme tibai ni jek

Eh lupa bagi gambar Aqueos Cream. Tengok bawah ye

Ala krim putih biasa kita panggil ubat gatal tu






Memang biasa kalau anak gatal-gatal, doktor suruh sapu krim ni. Lepas ni jangan ye, sapu minyak lebih elok.


Macam Lisa dulu, MamaDiva guna

-Extra Virgin Olive Oil
- Virgin Coconut Oil
- Krim Sapu MooGoo

Lagi satu, baby-baby eczema ni, sensitif tau dengan produk penjagaan badan. Macam sabun-sabun semua di pasaran banyak yang ada SLS, Paraben segala. Jangan guna tu! Tak sesuai. Lisa dulu guna produk MooGoo. Kalau google, produk MooGoo ni produk natural yang sangat bagus untuk merawat eczema. MamaDiva memang beli satu set termasuk mandian dan semua krim-krim dia tu, memang banyak + agak pricey tapi berbaloi.

Ini lah satu set MooGoo tu


Bagi menghilangkan kegatalan. kalau mengganggu sangat, ada beberapa cara MamaDiva guna selain sapuan luar. Boleh mandikan anak dengan bancuhan air Tea Roibos (pun guna yang Cosway punya). Bagi anak berendam dengan air teh ni, selalunya berjaya kurangkan gatal. Lagi satu, guna rendaman Epsom Salt. Kalau pergi kedai baby macam Fobulous Mom tu, tanya je Epsom Salt buat rendam tu dorang tau.

PALING PENTING - jangan mandikan anak dengan air panas/suam. Sentiasa mandikan dengan air sejuk/suhu bilik. Mandian air panas hanya menambah kerengsaan dan mengeringkan kulit. Ingat, kelembapan adalah kunci kepada kesembuhan eczema. Kalau kulit kering macamana nak elok? Kan?

Alhamdullilah, dengan semua cara penjagaan eczema ni, selesailah sudah perjalanan eczema seorang Zaheera Khaylisa. MamaDiva bersyukur sangat-sangat dia dah fully revover. Tapi masih lagi MamaDiva kawal permakanan dia. Contoh macam seafood tak pernah lagi bagi. Bukan apa, langkah berjaga-jaga je. Gembira sangat tak terkata bila kita nampak sendiri kesan-kesan eczema tu semakin menghilang. LEGA SANGAT-SANGAT RASANYA. 

Tujuan berkongsi di sini supaya ramai lebih dapat manfaat dari pengalaman tak seberapa MamaDiva menangani eczema. Walaupun tak seteruk orang lain, tapi pengalaman berharga sangat.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Babaiiiii


No comments:

Post a Comment