Saturday 3 February 2018

CARA KENALI JENIS KULIT MUKA

Salam

Jom sembang pasal kulit pulak. Penting untuk kita tau jenis kulit kita sebelum guna ap-apa produk di muka. Kadang-kadang sebab penggunaan yang salah tidak sesuai kulit muka menyebabkan pelbagai masalah kulit muka walaupun meggunakan produk mahal.



[CARA KENALI JENIS KULIT ANDA] 

1. Kulit berminyak

Basahkan wajah anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian, gunakan tisu atau jari tangan untuk menekan bahagian kening, pipi dan dagu. Jika anda lihat ada minyak pada tisu atau jari, maka itu bermaksud kulit wajah anda adalah jenis yang berminyak.

2. Kulit kering

Ulangkan kaedah seperti di atas. Jika anda tidak melihat ada minyak pada tisu atau tangan, itu bermaksud kulit wajah anda adalah jenis kulit kering.

3. Kulit kering-berminyak

Kebiasannya, orang yang mempunyai kulit jenis ini, akan mempunyai bahagian muka yang berminyak pada tempat tertentu seperti di kening, hidung dan dagu, manakala, bahagian lain pula kering.

Bila dah kenal kulit kita, baru boleh kenalpasti cara pakai mask yang bersesuaian kulit kita.



Check it out ladies!


No comments:

Post a Comment