Sunday, 4 February 2018

PERJALANAN ECZEMA - PART 3

Salam

Jom kita sambung, cerita eczema #littlediva. Kali ni, kita bercerita tentang apa yang MamaDiva buat dan amalkan untuk pulihkan eczema Lisa. MamaDiva tak ada lah pakar mana sangat nak bagi tips. Tapi apa yang diamalkan ini, semua dari pembacaan dan ilmu "emas" dari gruop natural dan group eczema di muka buku. 

Tips penjagaan ni MamaDiva bahagikan kepada dua bahagian

1. Dalaman
2. Luaran

Bagi MamaDiva, paling penting dalaman. Sebab apa, tak kira la krim paling hebat atau paling mahal di dunia pun, kalau kita tak jaga dalaman atau secara tepatnya jaga gut (usus) semua tu tak berkesan sebab sapuan luaran hanya menyumbang 20% kepada kesembuhan. Walaupun kita gunakan krim sintetik atau yang mengandungi steriod berlebihan, penyembuhan mungkin cepat tapi tidak berhenti 100%. 

Untuk kali ni, nak story penjgaan DALAMAN je dulu ye

Nak jaga guts (usus) ni, MamaDiva pun mula tak faham juga. Dah kenapa apa kaitan apa yang ada di usus kita dengan eczema di badan dan muka? Jauhhhh tu dari perut.

Inilah yang ramai gagal fahami dan terasa remeh dan renyah. Padahal inilah kunci kepada semua masalah kesihatan. Apa yang kita masukkan dalam mulut kita, mempengaruhi usus kita dan kesihatan. Sebab tu kena jaga. Elakkan makanan yang akan menyumbang kepada "keseksaan" usus.

Jom ubati eczema dengan cara semulajadi. Lambat tapi selamat.

Supplemen yang diperlukan:

 1. Betulkan usus

 - Probiotik (lactoGG dan lacto5) dan prebiotik(Al-manna atau Tayyebat)
 - Tingkatkan amalan makan yang berunsur 'fermented foods' spt Tempoyak, Tempe mentah, Kimchi, Saurkraut, Sourdough bread, Kambuchea Tea dan sayuran/buahan peram lain, Miso.

2.  Tingkatkan sistem imun/iman
 - Lebih baik mengambil bahan makanan meningkatkan immune dari bahan alami. Contohnya

 - Raw Garlic
 - Habbatussauda
 - Olivenol
 - Pevoo
 - VCO
 - Green Juicing

 ELAKKAN Supplemen dari sumber sintetik boleh membebankan usus

 3. Makanan yang dielakkan utk perbaiki:

Usus

 - Refined carbs (tepung putih, beras putih)
 - Refined sugar (Chocolate, Gula2, cake etc)
 - Processed food (kita tak tahu mereka letak apa dalam ni....bahan sintetik membebankan usus juga)
 - Elakkan makan buah lepas makan (Makan buah seharusnya semasa perut kosong spt yg disyorkan Rasulullah saw)
- elakkan juga makan segala jenis seafood, ayam (kecuali ayam organik)

 Sistem imun

 - Refined sugar (Chocolate, Gula2, cake etc)
 (Gula ringkas adalah makanan kepada bakteria jahat...mereka yang lemah ketahanan diri perlu elakkan gula ringkas dan beralih kepada sumber gula yang lebih sihat seperti gula perang

Susah kan? Ye, mulanya banyak jenis supplemen atau makanan yang disebutkan di atas tu, asing bagi MamaDiva. Korang semua pun, kalau tak tau boleh tanya pakcik google atau masuk group eczema dia muka buku. Banyak ilmu kat situ antara rajin dengan tak je

Contoh makanan Probiotik (tempoyak, budu, cencalok ppun ya tapi tak ada dalam gambar

Makanan tinggi Prebiotik (prebiotik ni makanan berserat yg bagus untuk bacteria baik dalam usus


Untuk rawat eczema baby, mesti pelik kan kalau guna cara atas ni, macam tak logik bagi baby kan? Sebab baby mana boleh makan lagi. Haa, inilah nak story. Semua di atas, MamaDiva makan untuk diri sendiri. Sebabnya, Lisa baby fully breasfeed. Apa yang MamaDiva makan, akan disalurkan pada Lisa melalui susu ibu. Hakikat yang semua orang perlu terima adalah

SUSU IBU SUSU TERBAIK DI DUNIA

Semua supplement dan pantang makan tu applicable pada ibu sampai anak dah boleh makan. Tapi, memandangkan Lisa eczema, MamaDiva lewatkan tempoh bagi dia makan. Lisa start solid food dalam umur 11-12 bulan macamtu. Sehingga itu, Lisa breastfeed sahaja tanpa makanan.

Bila dia dah start makan, lagi la susah nak jaga. Kena kawal apa yang dia makan. MamaDiva masukkan dalam makanan lisa segala prebiotik macam Lacto 5, Olivenol, VCO, Olive Oil tu seme titis dalam makanan dia.


Memang susah dan mencabar. Dahlah kena kawal makan, orang sekeliling pun komplen macam-macam sebab penyembuhan cara natural ni lambat juga kan? Kadang ada masa-masanya kita gagal kawal "cacing" langgar jugaklah pantang segala, dah jadi flare merah, berair segala. Masa tu orang pulak start tengok macam hapa, start cadang itu ini termasuk krim steriod yang paling perlu di elakkan. Nak cerita pasal krim steriod ni panjang. Mungkin lain entri boleh story.

Untuk kali ini, ni je lah dulu, MamaDiva bagi gambar-gambar supplemen dan makanan prebiotik probiotik untuk korang kenal dan amalkan ye.








Kita sambung lagi nanti. Babaiiiiiiiii

 

No comments:

Post a Comment