Salam
Hari ni MamaDiva nak cerita tentang perjalanan eczema #littlediva Tengku Zaheera Khaylisa. Anak kedua MamaDiva ni seorang survivor eczema sebenarnya. Sekarang dah berumur 4 tahun dan bebas eczema 100%.
Kelahiran Lisa pada tanggal 31/7/2014 adalah mimpi indah jadi nyata buat MamaDiva setelah 8 tahun sepi tanpa kehadiran bayi kecil selepas anak sulung Tengku Zahin. Akhirnya, merasa juga Zahin nak beradik ehehe
Segalanya serba sempurna rasanya sebab MamaDiva berjaya melahirkan Lisa secara normal dan berjaya juga breastfeed tanpa masalah.
Mimpi ngeri bermula bila Littlediva berumur +- 3 bulan. Pipi dia mula dipenuhi ruam merah-merah kecil. Biasalah pada tanggapan kami, tu "kurap susu" kata orang.
Malangnya, semakin lama semakin banyak dan setelah pelbagai petua guna, still tiada perubahan, malah semakin teruk. Rasa kecewa sangat sebab bila pergi klinik, doktor cuma cakap ruam susu dan bagi krim gatal. Sapu krim tu pun tak mendatangkan apa-apa kesan.
Suami berseloroh katanya, doa dia dimakbulkan bila dapat anak perempuan putih gebu yang "berpipi merah" sebab masa MamaDiva mengandung dulu, dia selalu panggil baby dalam perut "Humaira" yang bermaksud "kemerah-merahan" (if im not mistaken)
Nak tau tak macam mana littlediva pulih sepenuhnya?
Kita sambung next entri. Tunggu
Nah belanja gambar Littlediva Now and Then
See uollssss later. Babai
No comments:
Post a Comment